Kalau hari biasa, Tau Fu Fah rasanya ia tidaklah menjadi tumpuan sangat. Tapi, bila tiba bulan Ramadan, memang orang akan cari dan satu kemestian pula untuk dijadikan hidangan bulan puasa.
Baig yang tidak tahu cara nak membuat dan terfikir macam mana kejadian tau fu fah. Tak nak fikir panjang, beli sahaja.
Rupa-rupanya, ia tidaklah susah yang disangka. Hanya guna tiga bahan saja untuk membuat tau fu fah ini.
Jadi, mak-mak bolehlah cuba di rumah nanti mengikut resipi yang dikongsikan oleh Intan Mazura Masri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Snek Cucur Ikan Bilis SEDAP, Rasa Macam Kerepek Bawang!
Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Di Rumah, Baru Puas Hati!
Info Lebih Menarik DI SINI
Nak buat ini senang sangat, guna 3 bahan sahaja. Kalau dah pandai, tak perlulah beli kat luar.
Alhamdulillah, menjadi dan lembut dengan hanta guna tiga bahan saja.
Bahan-bahan:
Susu soya
Gula melaka
Agar-agar kering
Cara Membuat:
1. Masukkan 1 cawan air bersama agar-agar kering (jika 12gm) guna separuh sahaja dan bukan guna satu bungkus ye!
2. Bila agar-agar sudah larut dan sebati, tuangkan air soya sebanyak 2 liter atau 2 kotak besar. Boleh tambah gula untuk rasa manis atau ikut selera masing-masing.
3. Biarkan ia mendiidh dan tutup api. Tuangkan dalam bekas besar sebab nanti bolehlah ceduk ala-ala pasar malam. Atau boleh juga guna bekas kecil. Simpan dalam peti ais lebih kurang 2-3 jam.
4. Bagi air gula melaka pula, ambil 1 keping gula melaka, 2 sudu gula putih dan 3 cawan air. Masukkan sekali daun pandan dan sedikit halia. Biarkan ia mendidih dan tapis terlebih dahulu. Untuk anda yang suka guna air gula putih, bahan-bahannya tetap sama. Gantikan dengan gula putih saja.
5. Selepas dikeluarkan dalam peti ais. Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!
MW: Rupanya untuk membuat tau fu fah tidaklah susah sangat pun, Cuma mak-mak nak rajin je. Sedap juga makan sejuk-sejuk kan!
Sumber: Intan Mazura Masri
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita