Setiap orang ada cara berbeza untuk buat talam suji. Tapi bagi yang tak pernah rasa, bolehlah mencubanya. Cara nak buat mudah.
Perkongsian daripada Siti Hazneza cara membuat talam suji ini adalah resipi daripada arwah nenek kawannya. Rasanya yang sedap, manis buah ini membuatkan tidak jemu untuk menikmatinya, apatah lagi bila makan sejuk-sejuk.
Satu hari saya ke rumah kawan, nenek kawan yang dipanggil Bibi menghidangkan sejenis kuih talam. Beliau keluarkan dari peti sejuk.
“Makan. Makan,” pelawa beliau. Bibi faham bahasa Melayu cuma sedikit sukar untuk bercakap bahasa Melayu. Beliau lebih fasih berbahasa Urdu yang mirip bahasa Hindi. Saya makan. Ma shaa Allah! Sedapnya!
Sejuk, lembut, lemak, manis-manis buah. Nikmat sungguh dengan cuaca panas di luar.
“Kuih apa ni,?” tanya saya.
“Suji,” jawabnya.
Bukan makanan rumah kami hidangan berasaskan suji. Jadi apabila saya meningkat remaja dan teringin sangat hendak makan suji macam yang Bibi buat, emak minta tolong Amma jiran kami ajarkan emak.
Baiknya Amma, beliau datang masak di dapur rumah kami.
Saya tak pernah rasa nak makan suji sehingga hari itu dan jujur saya katakan, belum jumpa talam suji sesedap air tangan Allahyarham Bibi.
Semoga resipi ini menjadi jariah buat beliau juga kerana beliaulah yang buat saya suka suji.
Dan sebagaimana Amma ajar emak dan saya, begitu jugalah saya turunkan kepada kawan-kawan.
Caranya:
Ads
1. Panaskan 2 sudu makan minyak sapi
.
2. Tunggu sehingga minyak sapi panas
.
3. Tumis segenggam kismis kuning. Jika hendak masukkan kacang gajus atau hirisan badam, boleh tumis sekali
.
4. Tunggu sehingga kismis jadi gemuk-gemuk
.
5. Masukkan air. Anggaran air untuk talam suji:
1 cawan suji : 2 cawan cecair (air dan susu)
Anggaran air untuk bubur suji:
1 cawan suji : 4 cawan cecair (air dan susu)
Ads
.
6. Masukkan susu sejat. Masukkan gula secukup rasa. Anggaran 1 sudu makan untuk 1 cawan cecair untuk manis-manis buah
.
7. Oleh sebab ada sedikit badam dan gajus, saya kisar halus supaya rasanya rata dalam suji. Masukkan ½ cawan badam dan ½ cawan gajus. Jika anda mahu suji yang tidak ada ‘gangguan’ boleh juga kisar badam dan gajus begini.
.
8. Masukkan ke dalam campuran air dan susu
.
9. Tambah 1 sudu teh serbuk pelaga
.
Ads
10. Tambah 1 tudung air mawar untuk mewangikan kuih suji.
.
11. Masukkan suji sedikit demi sedikit dan kacau rata
.
12. Walaupun nampak masih cair, suji akan menyerap cecair dan beku apabila sejuk.
.
Selamat mencuba
13. Gambar oleh: Jonathan Gregson dari carian Google
.
Mingguan Wanita : Kena cara masak, memang sedap dan padu.
Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Kadang kala sesuatu yang mungkin kita rasa ‘pelik’ untuk dinikmati pada zaman ini, namun itulah sebenarnya makanan ‘alas perut’ bagi orang susah zaman dulu-dulu. Apa juga bahan yang ada di dapur, diolah untuk hidangan mengenyangkan buat seisi keluarga.
Resipi mudah seperti seperti biskut telur ini antara ‘resipi kreatif’ yang dihasilkan idea orang dulu-dulu. Meskipun simple namun rasanya sungguh sedap dan cukup mengimbau memori bagi yang pernah merasainya dahulu.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh AdiZul Semerbak ini sebagai rujukan;
Lapar-lapar nie jom makan biskut telur panas-panas.
Bahan-Bahan:
10 biji Telur
Biskut petak kecik tu 1/2kg
Potong bawang + lada (suka hati)
Garam
4 Sudu Minyak
Cara Membuat:
1. Dadarkan telur masukkan sedikit garam, bawang dan cili.
2. Selepas itu, masukkan biskut dan biar sekejap.
3. Panaskan kuali, masuk minyak. Bila minyak dah panas, kecilkan api baru tuang adunan biskut.Kacau-kacau sekejap.
4.Terbalik-terbalikkan sampai semua masak. Saya ada tambah planta dalam kuali masa balik-balikkan biskut.
Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah . Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap melungsur ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Musim raya ni, selain hidangkan menu-menu raya seperti rendang, lemang, ketupat, mak-mak boleh sediakan aiskrim kacang merah ni sebagai pencuci mulut, pelengkap hidangan.
Berikut perkongsian resipi Aiskrim Kacang Merah oleh Nur Atikah yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
BAHAN A
200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
350ml air
BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
BAHAN C
80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair je).
250gm kacang merah dalam tin dilecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah, jenama Rex pun sedap, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap (ika letak sirap je sikit sebab nak bagi warna aiskrim cantik)
Daun Pandan bagi wangi
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak.
Cara-Cara Membuat:
1.Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2.Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai mendidih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3.Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun tak pe, ika pakai plastik aiskrim je sebab senang nanti tetamu datang boleh hidangkan.
4.Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.
Mudah je mak-mak boleh buat kan.Asyik makan kuih raya & lemang je time raya, apa kata sesekali beri kelainan sikit buat tetamu yang datang hidangkan aiskrim homemade kacang merah ni.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...