Resipi Susu Pekat Manis Guna 3 Bahan, Tahan 2 Bulan, Dijamin Sihat!

Share

Setiap rumah mesti ada stok susu pekat manis untuk buat teh tarik, milo atau nescafe. Sampaikan ada keluarga yang boleh habiskan satu tin dalam sehari. Maklumlah, sedapnya minum air bersusu ini.

Tak dinafikan juga pelbagai jenis susu pekat manis yang ada di pasaran. Bagi yang sudah biasa tentu boleh menilai rasa susu itu sendiri bila dibuat minuman. Orang yang sudah terbiasa akan tahu rasanya.

Walaupun tak semua yang suka minum susu pekat manis. Tapi sekurangnya mesti ada simpanan untuk membuat minuman dihidangkan pada tetamu yang datang. Malah, ia pun tahan lama bila disimpan di dalam peti ais.

Pernah terfikir tak, macam mana nak buat susu pekat manis sendiri? Macam susah kan! Rupanya, nak buat tak susah pun hanya guna tiga bahan saja.

Paling penting, susu ekat manis yang kita buat ini lagi sihat. Bertahan 2-3 tiga bulan kalau disimpan dalam peti ais. Ikuti perkongsian resipi daripada Dr Mazliana Mazlan ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Senang Sangat Resipi SCONES 3 Bahan, Buat Sendiri Tak Sampai RM10!

Resipi Bawang Putih Krup Krap, Guna Minyak Banyak Dan Api Kuat, Barulah Ranggup

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Sendiri Susu Pekat Manis

Susu pekat manis pernah menjadi stok tak pernah putus di rumah saya. Sebulan saya akan re-stock paling kurang 1 carton susu pekat manis.

Dulu saya dan suami suka minum milo, tambah lagi susu pekat manis, letak pulak ais ketul. Nikmatnya rasa di tekak. Buat 1 jug, boleh minum dari pagi sampai malam. Gitu sekali fanatik dia dengan milo dan susu pekat.

Bila dah cuba kurangkan pengambilan air manis, sebenarnya boleh saja tak ada langsung susu pekat manis dalam peti sejuk.

Cara nak berhenti?

Berhenti dari ambil susu pekat dan masukkan dalam troley pasaraya. Itu saja cara dia.

Di sini, saya kongsikan resepi susu pekat manis, yang hanya dibuat dari 3 bahan. Resepi asal saya ambil dari Puan Ainini, Founder Oven Nini.

1. Bahan-bahannya.

3 cawan fresh milk Farm Fresh
1 cawan gula tebu asli organik BOLEH BELI DI SINI 
2 sudu besar minyak zaitun Al Ard BOLEH BELI DI SINI 

2. Saya guna cawan Ikea. Boleh je nak guna sukatan cawan apa pun, asalkan sama untuk sukatan susu dan gula.

3. Masukkan 1 cawan gula. Gambar ini jadi 2 cawan sebab anak-anak berebut nak tolong.

4. Masak dengan api kecil sampai gula larut sepenuhnya.

5. Masak dengan api sederhana kuat hingga pekat. Kacau sentiasa, kalau tak ia akan meruap. Proses mengacau ini ambik masa yang lama, dalam 20 – 30 minit.

6. Bila dah meruap macam ni. Lambat kacau seminit je, habis nanti susu melimpah. Ini dalam minit ke-10.

7. Minit ke-25, dah makin pekat.

8. Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun. Kacau lagi sehingga kepekatan yang diingini. Ambil masa 3 – 5 minit.

9. Okay dah siap. Saya terbuat pekat sikit.

10. Dapat dalam 1 cawan Ikea macam tu. Boleh simpan dalam peti sejuk, tahan dalam 2 – 3 bulan.

11. Beza tak bahan-bahan dia. Pilihan sentiasa ada. Kita berhak memilih.

Mingguan Wanita : Lepas ni, tak prlulah nak beli lagi kat kedai, buat sendiri saja. Bahan pun senang nak dapat.

Sumber: Mazliana Mazlan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora