Setiap mak-mak ada cara tertentu nak masak sup. Bagi yang masak sup tanpa minyak, mudah saja hanya masukkan bahan dan renehkan. Tapi ada juga yang suka tumis dahulu bahannya.
Biasa kalau ada ahli keluarga yang kurang sihat, sup menjadi pilihan dan boleh bangkitkan selera makan. Bukan sebarang sup ye sebab ia juga bagi anda yang sedang berpantang, memang sangat membantu.
Resipi yang dikongsikan ini beri kelainan dengan masak sup lada hitam. Dah tentu rasanya lagi power dan bila makan boleh buat badan cepat berpeluh.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: SUP TULANG Lebih Sedap, Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Kisar!
Resipi ‘Sup Darat’, Kalau Selesema, Tak Sihat Boleh Cuba Masak Ini, Rebus Saja!
Resipi sup ini bukan hanya untuk orang tidak sihat saja tapi bagi yang sihat ia boleh membantu untuk segarkan badan.
Kalau ada rasa nak demam, batuk, selesema pun bolahlah hidangkan sup ini. Buat yang dalam pantang pun boleh makan sebab sup ini dimasak tanpa minyak.
Bahan-bahan:
Halia – hiris
Serai – ketuk
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris
Ketulan ayam
Lada hitam – ditumbuh
Garam dan gula.
Air
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dengan ayam. Kemudian, didihkan saja.
.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
.
3. Didihkan dengan api perlahan sehingga ayam masak.
.
4. Masukkan bahan perasa. Kacau dan sedia dihidangkan.
.
Tip:
1. Jika ingin rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping dengan saiz kecil. Jangan letak asam jawa.
2. Boleh juga tambah lada putih.
3. Pastikan lada hitam ditumbuk kasar. Jangan guna serbuk lada hitam sebab ia boleh memberikan rasa yang berbeza.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Inilah hidangan yang paling cepat dan mudah. Boleh buat makan bertambah-tambah.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita