Sup, salah satu hidangan pembuka selera, lebih-lebih lagi bila badan tidak sihat. Terus badan rasa berpeluh dek penangan masakan ini.
Anak-anak pun boleh dibuatkan sup, jika mereka tidak ‘lalu’ makan. Maklumlah makanan berkuah tapi bukan berkuah santan atau gulai. Nanti muak pula.
Masak sup pun adalah paling senang untuk mak-mak sediakan. Walau bagaimanapun, setiap negeri ada bezanya dari segi masakan.
Perkongsian daripada Nur Amalyna Zuraidi ini adalah resipi sup dari negeri pantai timur. Ia juga dipanggil ‘sup darat’. Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakan dan cara masakan yang senang sangat. Hanya rebus saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Susu Pekat Manis Guna 3 Bahan, Tahan 2 Bulan, Dijamin Sihat!
Resipi Bawang Putih Krup Krap, Guna Minyak Banyak Dan Api Kuat, Barulah Ranggup
Info Lebih Menarik DI SINI
Suami baru saja habis kuarantin, tiba-tiba dia minta saya masakan sup yang pernah dibuat sebelum ini.
“Yang. Bi nok makan sup aritu laa”
Selama kahwin 41 tahun, inilah pertama kali saya masak sup untuk dia. Bukan tak nak buat tapi takutnya bila buat tak ada orang nak makan. Rupanya, suami minta buat lagi.
Sebenarnya, kalau kita ada selesema, demam atau ras atak sedap badan. Sangat bagus untuk buat sup ini. Saya panggil ‘sup darat’ sebab bahan-bahan yang digunakan dan cara nak masak senang sangat.
Cara membuatnya:
1. Ini saja bahannya. Senang sangat. Kalau ada hari malas, masak ini saja pun dah cukup.
Ayam
Serai – ketuk
Bawang putih – ketuk
Lada – ketuk
Halia – ketuk
Kentang
Masukkan saja semua dalam satu periuk.
2. Selepas itu, masukkan air. Ikut selera masing-masing nak masukkan berapa banyak air. Tap perlu masukkan minyak atau tumis. Terus rebus begitu. Biarkan ia mendidih. Selepas itu, masukkan perasa, garam dan ajinamoto. Ikut selera masing-masing.
3. Biarkan ia mendidih dan masak, bolehlah tumbuk bawang merah dan lada. Selepad itu potong asam limau dan daun ketumbar jawa untuk rasa ‘kick. Nak masukkan daun sup atau ketumbar biasa pun boleh juga.
4. Bila kuah dah masak, tuang saja dalam mangkuk yang ada bawang merah, lada, air asam dan daun ketumbar tadi. Siap.
Makan semas panas-panas memang berpeluh. Sedap sangat.
Mingguan Wanita : Memang kena dengan selera sangat ni. Nak sedap gandingkan saja dengan ikan goreng. Sedap sangat ni. Boleh cuba nanti.
Sumber: Nur Amalyna Zuraidi
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita