Sup cendawan memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing.Mudah je rupanya nak buat sup cendawan berkrim yang sedap di rumah. Bila buat sendiri memang puas hati malah lebih jimat dan berbaloi. Rasanya pula lebih sedap berbanding guna pes segera, guna cendawan butang dalam tin je.
Ikut resipi sup cendawan berkrim yang pernah Puan Siti Hazneza Abdul Hamidbuat berniaga ini sebagai panduan;
Jika mengingatkan sup cendawan berkrim jenama Campbell yang popular maka kita bermula dari Amerika Syarikat.
Tetapi, syarikat Campbell mengambil daripada asas sos bechamel dari Perancis yang direka oleh Chef Marquis Louis de Béchamiel de Nointel. Daripada nama beliaulah yang setelah beberapa lama hilang huruf ‘i’ lalu jadi bechamel sahaja.
Chef Béchamiel pula diinspirasikan oleh tukang-tukang masak Catherine de Medicis yang membawa salsa colla (gam) dari Tuscany, Itali. Salsa colla dipanggil begitu kerana sos ini digunakan untuk ‘mengikat’/ ‘memegang’ bahan-bahan dalam satu hidangan.
Dahulu saya berniaga sup cendawan berkrim. Macam-macam bahan dan macam-macam kaedah saya cuba. Ada saya kongsi resipi dengan seorang guru dan beliau berikan komen yang membantu saya merombak lagi resipi.
Benarlah, kadang-kadang penyelesaian yang elegan itu mudah.
Bahan-Bahan:
½ tin 450 g cendawan butang
6 ulas bawang putih
2 sudu makan marjerin/mentega
2 – 3 sudu makan krim putar (cooking cream)
stok ayam (optional)
lada hitam
garam
Secawan air
Tambah Italian herbs/oregano
2 sudu teh tepung jagung
¼ cawan air
*Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai.
**Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika. Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.
Cara Membuat:
1. Panaskan 2 sudu makan marjerin/mentega.
2. Tumis cendawan dan bawang putih.Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping).
Ads
Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli.
3. Sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.
4. Masukkan dalam pengisar (blender).
5. Tambah krim putar (bukan yang manis ya!). Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen).Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.
Ads
6. Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam.
7. Kemudian tambahkan air.
8. Kisar sehingga halus.
9. Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega. Panaskan atas api perlahan.
Ads
10. Tambah Italian herbs atau oregano.
11. Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan tepung jagung dan air.
12. Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup. Matikan api, sup cendawan berkrim siap!
Mingguan Wanita: Memang sedap sup cendawan berkrim ni cicah pula dengan roti bawang putih. Makan panas-panas musim hujan ni memang terbaik. Puas hati bila kita buat sendiri, lebih jimat dan berbaloi. Terima kasih berkongsi resipi yang pernah dibuat niaga.
Rupanya rahsia untuk buat kuih ‘Beko Nyor’ atau lebih dikenali Bingka Kelapa lebih sedap, tak kiralah nak buat yang original mahupun perisa pandan adalah menggunakan kelapa parut yang masih muda. Kuih ni rasanya lembut dan lemak manis, sesuai sangat dibuat untuk minum petang. Bahan-bahannya tak banyak nak buat pun mudah.
Berikut perkongsian resipi oleh Aizaakma Jaafar sebagai panduan;
“Bila hari cuti je sahabat R datang bertandang, sebelah dapur masak lauk sebelah lagi untuk kuih.Alang-alang datang tu maka jadi la kuih feberet kami laki bini.Ada tempat panggil beke nyor, ada panggil beko nyor, ada jugak panggil bingka kelapa.Buat sendiri boleh ikut tekak sendiri nak nyor banyak mana nak manis takat mana.Original kuih ni tak de warna..putih aje..ni saje buat 2 warna.Yang original dengan yang 100% air pandan.Peminat kuih ni mesti ramai kan.
*ni resepi untuk sukatan yang saya buat hari ni.Dapat banyak ni kalau guna acuan besar ni.kalau guna acuan kuih cara tu dapat la lebih lagi.So sahabat-sahabat yang ada acuan ni dekat rumah nak buat banyak, gandakan la bahan-bahan tu ye.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut (sengaja lebihkan)
Gula (yang ni memang kena rasa ikut tekak sendiri)
1 biji telur
Secubit garam
Air (jangan banyak jangan sikit, biar adunan nampak kelapa parut)
Air pandan (kalau nak buat warna hijau)
Cara Membuat:
1.Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula & garam gaul sebati.
2.Pecahkan telur dalam bekas lain baru masukkan dalam adunan kelapa dan gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair. Biar kelihatan parutan kelapa bila diadun.Masa ni boleh la rasa tahap kemanisan yang kita nak.
4.Panaskan acuan, sapu minyak atau majerin.Saya guna majerin, dah panas boleh masukkan adunan.
5.Perhatikan jugak takut hangit bahagian bawah.
Info Ekstra!
*Kalau nak buat yang pandan, pandai-pandailah bahagi adunan ye *telur pecahkan baru bahagi
*Jangan terlebih tepungnya nanti dah sejuk keras
*Kelapa dapat yang muda lagi sedap!
Telur merupakan sumber protien yang sangat baik. Jika tiada idea nak masak apa dekat rumah tu, masakan simple macam resipi Telur Mata Sambal Hijau adalah antara menu ringkas yang mak-mak boleh cuba. Sangat sedap, pedas dan bila makan tu confirm ngences (terliur) bak kata orang Jawa. Masak satu lauk ni je pun dah cukup, buat nasi bertambah tak perlu lauk lain.
“Tetiba perut berkeroncong sebelum keluar pickup stok pekasam. Eh eh tak boleh jadi, perut kena isi dulu. Lagipun nasi dingin ada lagi.”
“Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali.”
Bahan-Bahan:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Cara Membuat:
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.
3.Boleh masukkan garam bagi secukup rasa.
4.Gula jika suka. Cheyah letak sikit je tak sampai pun satu sudu kecil pun. Light light gitu je rasa manis.
3. Pecahkan telur. Tips telur ni kena pecah dalam bekas lain sebab takut telur tu busuk. Kalau pecah terus dalam masakan memang jahanam satu menu.
4.Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi cheyah tak tambah. Hehe
5.Style cheyah garing-garing gini. Nak berkuah boleh tambah air sedikit.
6.Dah ready nak ngap! Cheyah masak half cooked je. Yang kuning tu bila pecahkan meleleh lava dia. Makin sodappp ya ampunnn.
Selamat mencuba! Menu pantas begini time emergency takde lauk boleh la cuba.
Mesti ramai yang gema manisan, tak kira tradisional atau moden. Petang nanti nak masak apa pula ye untuk minum petang sekeluarga? Biasanya hidangan manisan menjadi pilihan seperti kuih muih, kek, pengat dan sebagainya. Mungkin anda boleh cuba tiga resipi ini juga.
Walau pun manisannya mudah, tapi mak kena kreatif sikit supaya nampak menarik. Budak-budak memang suka warna warni, jadi tambah elemen warna warni dalam manisan untuk tarik perhatian mereka.
PUTERI MANDI PELANGI
BAHAN UNTUK TEPUNG:
2 cawan tepung pulut
2-3 titik perwarna merah dan kuning – atau ikut selera masing-masing
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Gaulkan tepung pulut dengan garam dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan selebihnya dengan pewarna kuning. Setiap adunan dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat, kemudian tekan di tengah-tengah doh untuk leperkan.
Jerang air di dalam periuk hingga mendidih. Kemudian masukkan tepung yang telah dibentuk tadi. Apabila tepung itu timbul, angkat rendam di dalam air sejuk supaya ia tidak melekat. Tos dan ketepikan.
Untuk membuatk uah; Masukkan santan, gula, tepung beras, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk hidupkan api kacau hingga sebati dan kuah agak pekat.
Setelah itu, letak di dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan.
Untuk menyediakan inti ketayap; masukkan air dan gula ke dalam periuk masak sehingga gula melaka itu cair.
Kemudian masukkan kesemua bahan yang selebihnya tadi ke dalam adunan, masaklah sehingga inti kelapa tersebut agak kental. Tutp api dan ketepikan.
Untuk membuat kulit ketayap; kisar daun pandan dengan satu cawan air dan tapis. Kemudian kisar semua bahan yang bertanda (*) menjadi satu adunan.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadar nipis adunan tadi hingga masak. Angkat.
Masukkan inti dan gulung. Ulangi langkah hingga selesai. Siap untuk dihidang.
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan (simpul)
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Terima kasih: Majalah RASA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...