Resipi Spiral Goreng, Idea Menarik Buat Jamuan Raya Kelas Anak, Mudah & Sedap

Share

Sebaik anak masuk sekolah selepas raya, dah tentu ada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengadakan jamuan  raya. Masa ini, mulalah mak-mak pening nak masak apa ye.

Jamuan raya kat sekolah, memang akan diadakan tiap-tiap tahun bagi meraikan anak-anak sekolah sambut hari raya di sekolah pula. Dah tentu anak seronok dengan berpakaian lengkap hari raya dan dah tentu pelbagai makanan yang dibawa.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Menu Ringkas Mudah Buat, JAGUNG MANIS HOMEMADE Untuk Jamuan Kelas Anak!

‘Jamuan Sekolah Bawa Biskut Kering…’, Jangan Hina, Hargailah Pemberian, Kehidupan Orang Tak Sama

Jamuan Raya Buat Spiral Goreng

Keadaan sekarang mungkin agak mudah sebab ada grup watsap mak ayah dengan kelas, Sebut saja ada jamuan hari raya pasti ada senarai makanan yang anak-anak bawa nanti. Senarai ini supaya tidak ada bawa makanan yang sama.

Bukan saja elak pembaziran tapi juga anak-anak boleh merasa serba sedikit makanan yang berbeza dan macam-macam. Tapi yang pening, mak-maklah nak masak apa untuk anak bawa nanti ye.

Apa kata, buat resipi ini khas untuk kelas anak-anak. Paling senang, masukkan dalam bekas siap-siap. Tak adalah pembaziran. Anak tak sempat makan boleh ‘tapau’ bawa balik ke rumah nanti.

Ikuti perkongsian daripada Nurul Hawa Nadila Sari yang menyediakan sprila goreng, 4 bungkus untuk 40 murid.

Jamuan raya kelas anak semalam dlm 40org makan saya pakai spiral 4 bungkus dan code bekas SQ350.

Bahan: SPIRAL GORENG
Spiral – direbus 8 minit (letak garam sikit)
Bawang holland
Bawang putih
Sayur campuran (mix vege)
Kiub ayam
Sosej – potong dadu
Isi ayam – kisar
Oregano, blackpepper
Garam, serbuk perasa

Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sampai garing.
2. Kemudian masukkan ayam kisar, sosej & kiub ayam. Masak sehingga empuk
3. Akhir sekali masukkan spiral oregano, blackpepper, garam & serbuk perasa.
4. Kacau sebati dan siap.

Mingguan Wanita : idea yang bagus untuk mak-ak buat kat anak nanti. Tak adalah pening fikir nak masak apa kan.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora