Kecur air liur bila tengok somtam mangga ni. Biasa kita dengar somtam betik je, makanan yang cukup popular di negara Thailand dan Kelantan. Ratah saja pun sedap.
Tapi, kalau mak-mak tak ada selera nak makan nasi, bolehlah masukkan somtan mangga ini dalam menu. Boleh bangkitkan selera dan kecur air liur dibuatnya.
Cara nak buat pun tidaklah terlalu sukar dan kalau kebetulan musim mangga buat somtam mangga ini. Fuh! Sedap sangat ni.
Nak tahu bahan yang digunakan mudah dan senang nak buatnya. Boleh ikut cara perkongsian daripada Ameera ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Pecal Mangga, Gaul Dengan Isi Ikan Rebus, Gerenti Makan Bertambah!
Pulut Lemak Mangga, Campur Beras Sikit, Dah Masak Disenduk Tak Melekat
Info Lebih Menarik DI SINI
Somtam mangga style ibu.
Cara Membuatnya:
1. 4 biji mangga.
2. Sagat halus-halus.
3. Masukkan udang kecil.
4. 1 biji bawang merah 1 biji. Potong nipis nipis.
5. 5 tangkai cili padi. Nak pedas boleh tambah ikut selera.
6. Letakkan SOS THAI ini. Lepas tu gaul rata ye. Tak perlu letak gula dan garam. Sos ini dah cukup rasa.
7. Siap di gaul.
Selamat mencuba semua.
Mingguan Wanita : Mudah sangat. Ada bahan ni, 5 minit pun dah siap untuk dimakan.
Sumber: Ameera
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita