Resipi solok lada, makanan yang cukup popular di negeri Kelantan. Cara nak buat pun tak adalah susah sangat. Selalunya kalau makan ni, lawannya dengan nasi kerabu, barulah sedap.

Tapi kalau mak-mak nak makan solok lada tak pelu nak tunggu nasi kerabu, bila-bila masa pun boleh buat. Sebab cara nak buatnya mudah dan cepat.

Kali ini, Hajar Mohd berkongsi tesipi solok lada. Katanya nak bagi lada pada solok ranggup, kukus selama 5 minit saja. Tapi kalu yang nak solok lada lembik, bolehlah kukus lama sikit. Bergantung kepada selera masing-masing.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resepi Solok Ikan, Juadah Tradisi Bila Berniaga Di Bazar.

Sedapnya Solok Lada, Nak Buat Guna Ikan Rebus Atau Ikan Mentah Pun Boleh!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Solok Lada, Sedap & Cepat

Teringin nak makan solok Lada. Biasanya lauk ni diganding dengan Nasi Kerabu.

1. Nampak menarik Solok Lada ni, rasanya sedap. Insya Allah.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

2. Panggang ikan.

Boleh guna apa-apa jenis ikan, ikan selayang aka ikan sardin. Saiz besar sebab mudah nak siang. Ikan ni anggaran ½ kilo.

Bersihkan ikan, terus panggang. Kalau ada bara api arang atau kayu lagi best. Tapi saya rumah apartment, panggang atas kuali jelah. Ada yang suka guna isi ikan mentah. Boleh juga. Pernah saya buat guna isi udang mentah. Sedap jugak

Ads

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

3. Ini lada yang biasa mak-mak kita buat solok lada. Ada yang panggil lada ni “lada banji”. Tapi orang kg saya panggil ini lada ” Charleston”. Belah lada ni,bersihkan dan buang biji.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

4. Tumbuk 5 ulas bawang merah, jika tiada bawang merah, guna bawang besar 1 labu pun tak pe. Halia sikit.

Tumbuk sedikit lada hitam juga ya. Saya guna sesudu makan sebab suka pedas.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

5. Asingkan isi ikan yang panggang tadi dari tulang. Tumbuk sekali dengan bawang dan lada hitam tadi.

Ads

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

6. Okey, masukkan semua bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk yang agak besar supaya mudah untuk digaul.

Masukkan kelapa parut. Nisbah kelapa parut dan bahan tumbuk tu 1:1. Yakni sama banyak.

Selepas itu tabur garam, gula, atau perasa yang anda suka secukup rasa ya.

Gaul semuanya. Sambil gaul tu boleh baca selawat dan berdoa semoga siapa yang makan makanan ni jadi soleh, sihat dan baik. Aamiin

Kepal bahan gaul tadi ke dalam lada sampai penuh.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

Ads

7. Letak dalam pinggan atau loyang pengukus. Curah santan atas lada tadi. Just untuk basah basah saja. Kalau letak banyak pun best jugak jadi kuah dia nanti.

Jika ada lebihan inti, kepal bulat bulat dan letak sekali dalam loyang. Lagi sedap lapik lada tu dengan pucuk ubi ke, kacang panjang ke, daun pisang ke.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap

9. Kukus 5 minit jer sebab suka lada tu rangup. Jika anda suka lada liat, kukusla lama-lama.

Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap
Mingguan Wanita : Boleh buat bila-bila masa sebab ia pun salah satu penambah selera.

Sumber: Hajar Mohd

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita 

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI