Singgang ikan biasanya terkenal di negeri Kelantan. Mungkin ada negeri lain yang masakan seperti ini cuma dipanggil nama lain. Kelebihannya, kalau yang tak suka bersantan tapi mahukan yang berkuah. Bolehlah masak cara ini.
Resipi singgang ikan, inilah antara resipi mak-mak kita dulu. Tak perlu lauk lain pun, cukup dengan ulaman pun dah bertambah makan. Nak masak pun senang sangat, masukkan semua bahan dan tunggu mendidih. Siap.
Inilah perkongsian Nana Sabrina Sarsan cara masak singgang ikan sytle maknya. Mudah sangat.
Sedap hirup kuahnya panas-panas. Lawan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Bertambah nasi sampai berpeluh.
Ads
Bahan:
2 ekor ikan selar – belah dua
Garam secukupnya
Perahan air asam jawa
Air
1 biji bawang merah saiz besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Serai – ketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan.
Ads
.
2. Biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 20 minit. Siap.
.
Ads
.
Mingguan Wanita : Cara mudah dan cepat untuk makan. Selamat mencuba.
Air Fryer memang banyak kegunaannya. Jika pernah makan Muffin Honey Butter yang cukup popular di Texas Chicken, mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah guna air fryer je.Rasanya memang sama. Wanginya bau butter dan manis madu dimakan panas-panas memang sangatlah sedap.Nak buat pun mudah je, campur semua bahan masukkan dalam loyang, set suhu 180° selama 15 Minit. Siap!
“Texas chicken Muffin (Honey Butter), sedap gaisss bahan mudah”
Bahan-Bahan:
*2 1/2 cawan tepung gandum
*4 sudu kecil baking powder
*Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
*butter yang sejuk (115gm)
140gm Susu segar
2 sudu kecil cuka
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan-bahan bertanda * sampai jadi bread crumbs.
2. Kemudian masukan pula susu segar dan cuka. Kacau adunan sebati.
3. Lapikkan loyang dengan aluminium foil dan masukkan adunan hanya pakai sudu/scop ja tak perlu bentuk.
4. Masak pada suhu 180/ selama 15 minit.
5. Selepas masak, topping atas sapukan butter & madu masa panas-panas.
MW: Mudahnya Muffin Honey Butter rasa sama macam di Texas Chicken, guna air fryer pun boleh jadi. Jadi buat mak-mak yang ada air fryer tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.
“Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.
Bahan-Bahan Sosej Ayam Homemade
Ayam
Lobak
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
Garam dan separuh kiub ayam
Ini Cara Membuat
1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.
Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.