Jika selalu makan di restoran Thailand, menu Siakap Stim ni antara yang paling disukai ramai. Secukup rasa masam, pedas, manis kuahnya yang dikukus dengan ikan siakap. Masak sendiri di rumah lebih puas hati dan dapat jimat banyak berbanding beli di kedai. Nak buat pun mudah.
Menu paling simple tapi sedap gila. Siakap stim ala Thai.
Bahan-bahan penting nak buat Siakap Stim Ala Thai. Gula, garam dan sos ikan jangan dilupakan. Jom masak!
Cili api
Bawang putih
Akar Daun ketumbar
gula
garam
limau nipis
sos ikan
serai
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan akar daun ketumbar.Kita malas nak cincang. Bubuh gula, garam sikit. Ni nak wujudkan daya geseran supaya senang nak haluskan bahan-bahan tu.
2. Bila dah halus, perahkan limau nipis dan renjiskan sos ikan secukupnya.
3. Letak ikan atas bekas yang boleh dikukus. Tuang bahan tumbuk tadi. Taburkan hirisan serai dan kukus sampai masak.
4. Bila dah siap kukus, taburkan daun ketumbar. Fuh, sedap gila bau.
Siap! Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Cara Sebenar Siang Ikan Keli, Kena Buang Darah Beku Barulah Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak
Mandi Air Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Keletihan & Buang Toksin Dalam Badan!
MW:Mudah rupanya nak buat sendiri Siakap Stim Ala Thai ni. Menu paling simple namun sangat sedap! Boleh cuba nanti. Sesuai juga untuk menu diet.
Sumber: Amirah Md Esa