Memang ‘seksi’ sungguh resipi ayam panggang yang dikongsikan ini. Cantik elok berkilat, garing kulitnya namun isinya sungguh lembut dan sedap dengan perapan aroma herba dan bahan-bahan yang digunakan. Tak perlu lagi nak pergi Kenny Rogers, malah memang jimat poket dan lebih berbaloi bila buat sendiri di rumah. Nak sediakan untuk makan sekeluarga atau nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.

Ikut resipi ‘Sexy Chicken Grill’ yang Puan Nurul Aini Mohamed Ali kongsikan untuk jualan ini.

Sexy ciken grill is doneeee. Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tak payah pergi kenny rogers dah kome.Jimatt poket.

Resipi ‘Sexy Chicken Grill’ Sedap, Tak Payah Pergi Kenny Rogers, Jimat Poket!

Bahan-Bahan:

Ayam seekor atau potong 4. Nak seksi biarkan dia seekor

Bahan A :

biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia.

Bahan B

sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Membuat:

1. Perap bahan A dengan Bahan B. Bahan B tu simpan sikit buat ‘basting’ bila masak setengah jalan, jadi ayam tak kering.
2. Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Ads

Resipi ‘Sexy Chicken Grill’ Sedap, Tak Payah Pergi Kenny Rogers, Jimat Poket!

Selamat mencuba!

Resipi ‘Sexy Chicken Grill’ Sedap, Tak Payah Pergi Kenny Rogers, Jimat Poket!

Info Ekstra!

  • Tak perlu balut dengan aluminium foil, campak terus dalam oven.
  • Ayam Grill ini sedap dicicah dengan blackpepper gravy.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Di Rumah, Baru Puas Hati!

Ads

Resipi CHICKEN GRILL Mudah, Perap Semalam Kalau Nak SEDAP!

Resipi Burger Prosperity Ala McD SEDAP, Buat Sendiri Puas Hati Makan!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi jika nak buat ‘Ayam Seksi’ Grill ini bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan.Tak perlu lagi beli dekat Kenny Rogers. Memang sedap dan lebih jimat poket.

Ads

Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI