Semperit susu, bila hari raya, biskut ini mesti terhidang. Baik buat sendiri atau pun ditempah khas. Kalau nak puas hati mestilah buat sendiri kan!
Selalunya semperit ni ada macam-macam jenis,. Bagi yang suka rasa original tentulah semperit klasik. Tapi ada juga yang tukar sedikit bahannya dan hasilkan semperit susu. Namun, kalau salah perhitungan bahan, semperit boleh jadi keras dan tak menjadi.
Kali ini, kita cuba resipi semperit susu yang paling mudah dan cair di mulut. Senang sangat nak membuatnya.
Cara Membuatnya:
1. Masukkan butter, esen vanila dan susu pekat. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan susu tepung.
3. Uli sehingga tak melekat pada tangan.
4. Sementara itu, sapukan butter pada tray sebelum tekapkan doh di atasnya.
.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit.
Ads
.
.
Info: satu adunan ini boleh hasilkan 60 biji biskut.
Ads
Mingguan Wanita : Senang sangat. Tak perlu tempah pun, buat sendiri kat rumah, lagi jimat.
Mudah rupanya nak buat Nasi Himpit sendiri cara orang dulu-dulu. Namun kena ikut sukatannya baik guna beras biasa atau beras basmathi. Malah lapik dengan daun pisang dan himpit nasi guna lesung batu selama 4 jam. Barulah nasi himpit elok menjadi lembut dan wangi.
Salam 4 Syawal.Sekadar berkongsi Nasi Himpit cara saya. Thanks Mama Babah yang ajar cara ni.
Masak nasi guna periuk nasi macam biasa. 1 cawan beras biasa : 3 cawan air 1 cawan beras Basmathi :3.5 – 4 cawan air
Boleh pilih nak guna beras yang mana ikut citarasa kita.
Lapik loyang guna daun pisang, masukkan nasi, bungkus dan tindan guna lesung batu 4 jam.
Mudah, pantas, menjadi elok, lembut dan wangi.. Alhamdulillah.
Himpit dengan lesung batu.. Sejukkan selama 4 jam.
Saya tindih dengan bekas sama saiz loyang. Baru tindih dengan papan pemotong dan lesung batu di atas.Supaya tekanan sama rata.
MW:Begini rupanya nak buat nasi himpit sendiri. Mudah je, tak perlu beli lagi. Puas hati bila buat sendiri.Paling penting kena pastikan lapik loyang dengan daun pisang dan tindan guna lesung batu 4 jam, barulah Nasi Himpit nya elok lembut dan wangi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Asam pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya. Malah bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau pudina untuk dimasukkan dalam kuah juga berbeza mengikut jenis ikan.
Mak-mak penggemar asam pedas, masakan yang terkenal daripada Selatan tanah air ni, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Izaitul Fatihah Suhaimi ini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Ni resepi Asam Pedas Melaka dan Johor yang saya buat jual. Ramai yang tanya resepi. Jadi saya sertakan resepi sekali gambar asam pedas yang dah siap masak.”
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor
Bahan-Bahan:
3 inci kunyit hidup
1/2 inci halia ( jika siakap, mayong and pari)
3 ulas bawang putih
9 biji bawang merah kecil
1/2 inci belacan (jika suka)
*Kisar semua di atas
3 senduk cili kisar (cili kering, rebus dan kisar )
Serai sebatang (ketuk)
Asam jawa besar bola pingpong (ambil pati)
Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
Cara Membuat:
1. Tumis serai dan yang blender sampai kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis sampai garing.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan daun (kesum /pudina/limau purut/lada hitam) Biar sampai mendidih.
5.Masuk garam dan masukkan ikan. Kalau nak tambah terung, tomato dan bendi pun boleh. Siap. Boleh makan.
Info Ekstra;
Ikan yang sedap:
Lada hitam: pari, jenahak, siakap, merah
Limau purut: kembung, tenggiri (paling best ), merah, jenahak
Daun kesum: mayong, cencaru, pari, siakap, keli (ikan yang kuat bau)
Pudina: semua
Asam pedas yang sedap, pekat kuahnya dan secukup rasa masam serta pedasnya. Mak-mak yang suka asam pedas boleh cuba resipi ini.
Gulai ikan Ayo ini sememangnya terkenal di Pantai Timur. Bahan utamanya dari ikan ayo atau sesetengah tempat panggil ikan tongkol. Belah Utara pula panggil ikan kayu.
Versi memasaknya pun ada banyak cara. Menurut Muhammad Syazwan Ahmad, resepi yang dikongsi ini tak perlu ditumis. Sesuai sangat dimakan waktu sarapan pagi.
Katanya, “Hari tu pi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh! sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.”
Bahan-bahan Gulai Ikan Ayo
Ikan Ayo Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Rebus ikan dengan asam keping, gula nise, lengkuas, garam. Rebus malam, esok pagi nak masak baru sedap rasanya. Air rebusan jangan buang.
Bahan untuk dikisar.
Cili kisar
Siapkan bahan-bahan kisar; cili kering (kisar asing), lengkuas, bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, kunyit hidup kisar bersama. Guna air dari rebusan ikan tadi.
Sediakan pula santan, kacang panjang, lada solok.
Masukkan pula cili kisar.
Bagi menggelegak macam ni.
Satukan santan, bahan kisar. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.
Hasilnya.
Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Info : “Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.”
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...