Resipi Semperit Lejen Tak Kembang, Lembut Pecah Dalam Mulut, Wajib Ada Masa Raya!

Share

Menjelang raya, mak-mak sibuk di dapur siapkan biskut kegemaran untuk keluarga dan tetamu. Antara menu yang wajib ada tentulah rendang, lonton, nasi himpit dan aneka biskut raya, salah satu biskut lejen tentulah semperit.

Namun, bila rasa semperit di setiap rumah, rasanya mungkin tak sama. Ada sedikit ranggup dan setengahnya pula semperit yang lembut dan pecah di mulut. Ikut citarasa masing-masing.

Tak kisah rasa ranggup atau lembut, yang pasti sedap dan wajib ada terhiang di atas meja bersama anekal juadah yang lain.

Macam mana nak pastikan semperit yang wajib ada kat rumah ini rasanya sedap, lemak manis dan pecah di mulut. Ikut resipi daripada Cek yah ini. Mesti jadi!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut M&M ‘Terpaling’ Senang, Setengah Jam Siap, Boleh Buat Biskut Raya Lagi!

Wanita Ini Kongsi Cara Dia Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas, Hasilnya Rangup, Gebu Dan Menjadi

Info Lebih Menarik DI SINI

Semperit Wajib Ada Masa Raya

Biskut lejen ni wajib ada tiap kali raya kan.

Rasanya sedap lemak-lemak manis, lembut pecah dalam mulut. Sedap betul.

Antara bahan dan cara menghasilkan semperit yang sedap dan mudah sangat ni.

Bahan-bahan:

1 ketul @ 250gm mentega
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya:

Boleh guna buttercup, kalau nak guna marjerin atau pure butter pun boleh


Bila pegang tak melekat di tangan, adunan tak bolehkeras nanti susah nak picit keluar acuan. Kalau lembik sangat tambah tepung sedikit

Paip dan jarakkan untuk biskut mengembang.

Lepas tu letak ceri merah.

Bergantung pada oven masing-masng. Kalau cepat panas bakar 20 minit dan tengok dulu keadaan biskut itu. Kalau nampak bahagian bawah biskut dah kuning garing, bolehlah keluarkan dari oven.

Inilah hasilnya. Biskut ni tak mengembang pun, bunga pun masih cantik kan.
Kalau nak kuning-kuning, jangan bakar sampai garing sangat. Kurangkan masa bakar.

.

Inilah acuan yang digunakan. BELI YANG INI PUN BOLEH

Mingguan Wanita : Sedapnya. Kalau pergi beraya mesti nak rasa, walaupun perut dah kenyang. Biskut lejen katakan. Cara nak buat pun senang. Selamat mencuba.

Sumber: Cek Yah

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora