Resipi SATE GORENG Paling Senang Nak Buat, Cuma Lima Langkah Saja

Share

Masih dalam mood raya lagi kan! Maklumlah, hari nie baru minggu pertama Syawal, ada mak-mak yang sudah selesai puasa 6 syawal. Mesti nak sambut raya kali kedua pulak kan. Kali nie dah tak nak hidangan berat-berat. Jadi apa kata mak-mak sediakan sate goreng.

Biasa kita makan sate bakar. Itu pun ditempah pada yang pakar. Apa kata kita cuba sate goreng pula. Yang pastinya, kita buat sendiri. Rupa-rupanya, tak adalah susah sangat nak membuatnya.

Perkongsian daripada Adilah Busra yang ingin membuat sate sendiri. Rempah yang digunakan pun adalah paling simple. Nanti bolehlah buat untuk hidangan kat rumah buat keluarga atau tetamu yang datang.

Bahan:
1/2 ekor ayam – potong kecil ikut suka
( Boleh guna bahagian dada sahaja atau guna semua bahagian ayam)
1/2 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu teh jintan manis **
1/2 sudu teh jintan putih **
1 sudu teh ketumbar biji **
1 batang serai **
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
1/4 cawan minyak

Jintan putih, jintan manis, biji ketumbar, serai, serbuk kunyit, gula, garam

.

Bahan kisar, gula, garam dan serbuk kunyit.

Ayam dah siap potong.

Cara Membuat: ️
1. Sediakan bahan seperti dalam gambar. Kisar semua rencah yang bertanda **. Kisar kering ya.

Bahan kisar.

2. Gaulkan bahan kisar, serbuk kunyit, gula dan garam hingga rata. Rasa gula dan garam, tambah jika rasa kurang.

Masukkan semua bahan.

3. Lepas tu perap. Nak sedap perap semalaman. Dah lapar sangat 15 minit pun ok.
Dah siap untuk di goreng..

4. Panaskan minyak. Guna api sederhana besar. Masukkan ayam yang dah siap perap. Balik-balikkan sekali sekala.

5. Akan ada kesan hitam tanda gula dah jadi karamel. Boleh angkat bila ayam dah masak. Siap.

Senangkan! Bila-bila pun boleh masak bila teringin. Boleh buat banyak-banyak dan bekukan. Bukan anak-anak je. Mak bapa pun suka.
Nak bakar? Dah siap perap, cucuk sahaja pada lidi sate. Bakar. Settle.

MW: Bolehlah mak-mak beli isi ayam dan perap siap-siap. Masa nak makan, keluarkan dan goreng je.

Resipi: Adilah Busra

Published by
Nora