Sedapnya Sardin Gulung Rangup Crunchy ni. Sesuai dibuat bekal sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah atau menu minum petang untuk keluarga. Caranya cukup mudah.Paling penting mak-mak boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan sejuk beku atau frozenkan. Jadi bila-bila nak makan, tinggal goreng je.
“Buat nak hantar dekat kedai kawan.Baca mesej baru kejap ni.Kawan bagitau dia cuti. Kawan mesej malam tadi. Saya tak baca sebab tido awal. Inti dah siap, lepas subuh dah masak.Takpe, teruskan buat frozenkan. Esok pagi hantar kat kedai lain.Alhamdulillah.. Allah bukakan rezeki di tempat lain.”
7 biji cili api (dihiris) Kalau nak pedas lebihkan ye
1/2 batang Cili besar merah (dihiris)
1 biji Bawang besar saiz sederhana dan 3 ulas bawang putih (dihiris dan dicincang)
Sardin tin besar
1 biji Limau kasturi
Gula dan garam
Bawang besar dihiris (Untuk dicampur bila inti dah nak hampir masak)
1. Tumis semua bahan yang dah dihiris cincang tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi sardin sekali dengan sosnya.
3. Kacau, hancur-hancurkan ikan tu.
4. Masukkan hirisan bawang besar.
5. Masukkan jus limau kasturi, gula dan garam secukupnya.
6. Kacau-kacau kejap.. Inti dah kering.. siap!
8. Letak inti dan gulung.
10. Roti celup dalam telur kemudian salut dengan serbuk roti.
Siap.. boleh di frozenkan!
*Kalau dah siap masak, minyaknya banyak, di tapis ye. Tadi akak tumis tak guna minyak banyak, jadi akak tak tapis.
Baca Lagi Di Sini: Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya
MW: Sedapnya Sardin Gulung rangup ni. Terima kasih berkongsi resipi, dan semoga dilimpahkan lagi rezeki.
Sumber: Noraslinda Md Radzhi