Resipi Sambal Tempe Rangup Versi Petai, Dah Sejuk Pun Masih ‘Crunchy’!

Share

Sambal tempe,bilis dan kentang memang sedap diratah begitu sahaja atau dimakan dengan nasi panas.Malah lebih sedap ditambah dengan petai. Namun nak pastikan ia kekal rangup walaupun dah sejuk ada cara dan tipsnya yang tersendiri. Tempe dan kentang kena dipotong nipis dan digoreng garing, dah tutup api sambal barulah masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi.

Nak faham lebih lanjut cara nak buat Sambal Tempe Rangup ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Zubaidah Hassan ini.

Mudah sangat nak buat, guna 6 bahan je.

Sambal tempe rangup versi petai, dah sejuk pun masih cruncy.

Bahan-Bahan:

10 tangkai Cili merah (besar)
5 biji Bawang besar
(* Kisar halus)

Tempe (potong nipis goreng garing)
Ubi kentang (potong nipis goreng garing)
Ikan bilis (goreng garing)
Petai

Cara Membuat:

1. Tumis bahan yang dah blend tadi sampai kering air dan garing.
2. Masukkn gula garam dan perasa jika suka (lebih kan gula).


3. Masukkan petai goreng lagi dalam 1 minit bagi petai masak sikit.


4. Last tutup api masukkan bahan-bahan yang dah digoreng garing tadi. Kacau bagi sebati semua, bolehlah angkat.


5 Toskan minyak dulu baru boleh dihidangkan.

Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Resipi Sambal Garing SEDAP, Tambah Kacang & Tempe Nak Bagi ‘Muai’!
SAMBAL Ayam Geprek Derhaka, Simpan Dalam Peti Sejuk Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Mingguan Wanita : Sedapnya Sambal Tempe rangup versi petai ni. Nak buat mudah dan bahan-bahan pun tak banyak. Ikut tip dan cara yang dikongsikan ini, barulah ia kekal rangup walaupun dah sejuk.

Sumber: Siti Zubaidah Hassan

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab