Nasi kerabu, memang cukup popular di negeri Kelantan. Rugi rasanya kalau ke sana tidak menikmati hidangan itu. Cukup popular kerana nasinya berwarna biru ditambah dengan sambalnya, budu, ulam-ulaman dan tumis.
Walau bagaimanapun, kesedapan nasi kerabu tentunya pada sambal dan tumisnya. Itulah yang menjadi satu tarikan untuk orang menikmatinya. Namun, tak semua yang dibuat itu memenuhi citarasa. Silap haribulan, tak sampai sehari, ia sudah basi. Maklum sahaja, bahan yang digunakan itu menggunakan kelapa.
Jadi, untuk peminat masakan Kelantan dan ingin membuat sendiri di rumah, bolehlah mencuba resipi ini. Katanya, resipi ini biasanya digunakan oleh penjual bagi memastikan ia tahan lama dan lambat basi. Ikuti perkongsia daripada Suhaila Ismail ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga
Resipi LAKSAM Sedap & Mudah Sukatan Untuk 4 Orang Makan
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara-caranya:
1. Goreng kelapa. Letakkan seulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis.
2. Pastikan ia garing untuk mudah hancur. Tak perlu tumbuk pun, boleh ramas dengan tangan.
3. Kisarkan bawang merah, serai dan halia.
4. Bakar ikan kembung yang segar.
5. Kemudian, ambil isi ikan yang dibakar tadi dan campurkan dengan kelapa tadi.
6. Manakala bahan kisar tadi ditumis sehingga naik minyak.
7. Masukkan seketul gula melaka.
8. Letakkan sedikit air asam jawa dan sedikit garam. Biarkan ia sebati dan ada rasa masam, manis dan masin. Jangan terlalu masin kerana ada budu yang digunakan untuk nasi kerabu nanti.
8.
9. Bila dah masak, campurkan semuanya bersama isi ikan tadi. Kacau sebati dan siap.
10. Bagi nasi kerabu, gunakan bunga telang. Kisar dan tak perlu tapis pun, terus masukkan dalam periuk nasi yang akan dimasak nanti. Nak bagi wangi nasi, masukkan daun limau purut dan serai.
11. Siap set nasi kerabu.
MW: Okay, dah tahu rahsia nak bagi sambal tahan lama. Lepas ni, boleh cuba buat kat rumah.
Sumber: Suhaila Ismail
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita