Resipi Sambal Kicap Terlajak Sedap! Buat Stok, Tahan Sebulan Simpan Dalam Peti Ais

Share

Jika tak biasa, mesti rasa pelik bila tengok orang makan goreng pisang, sukun goreng atau tempe goreng yang dicicah sambal kicap. Inilah yang selalu dilakukan oleh orang negeri sebelah selatan.

Sambal kicap ini bukan saja untuk dicicah dengan makanan bergoreng tetapi sedap sebagai menambah rasa makanan bersup. Memang padu.

Cuma untuk mendapatkan sambal kicap yang terlajak sedap agak susah, ada saja yang tak kena dengan tekak kita. Bagaimana nak buatnya yang betul-betul kena dengan selera kita.

Lagi satu, sambal kicap ini tak adalah cepat basi, boleh buat banyak-banyak untuk tok dan simpan dalam peti ais. Setiap kali nak makan, boleh ambil saja.

Kali ini, kita kongsikan cara membuat sambal kicap yang terlajak sedap. Katanya dengan cara yang betul, boleh tahan selama sebulan, jika di simpan dalam peti ais. Bolehlah cuba nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kuih Ketayap, Adunan Jangan Terlalu Pekat, Masak Ada Lubang-Lubang Baru Menjadi!

Resipi Bebola Kentang Berkeju, Guna 5 Biji Kentang Saja, Makan Sampai Kenyang!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan:
1 genggam cili api merah
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu gula
1 sudu garam
2 sudu kecil bawang goreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, cili padi, bawang putih dan masak hingga layu.
2. Selepas itu, anfkat dan toskan minyaknya.
3. Kisar semua bahan yang telah digoreng tadi. Masukkan gula, garam dan bawang goreng.
4. Kemudian, masukkan kicap mengikut citaras amasing-masing.
5. Kalau nak cair, boleh masukkan sedikit air. Jika nak pekat, biarkan seperti tadi.
6. Panaskan kuali dan masak sekali lagi di atas api. Biarka selama 2-3 minit sehingga mendidih.
7. Akhir sekali, boleh hidangkan bersama dengan ikan goreng atau simpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais.

Tip: Sambal kicap ini, boleh juga dijadikan sambal kicap goreng pisang, dengan tambahkan sedikit air suipaya tidak terlalu pekat. Selain itu, boleh dijadikan sambal kicap untuk mihun sup, mee goreng atau di makan dengan ikan goreng.

Mingguan Wanita : Memang padu! Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Jimat masa.

Sumber: MyResipi

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora