RESIPI SAMBAL Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Lauk Favourite Arwah Abah!

Share

Ada ketikanya sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak ayah sendiri.

Nampak sungguh sedap dan menyelerakan lauk kegemaran arwah ayah Puan Norisma Miskan ini.Walaupun resipi simple seperti Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati di mana-mana. Ini kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.

Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah paling penting nak buat pun senang.

Alkisahnya..dah lama teringin nak makan sambal favourite arwah abah. Hari ni baru berkesempatan untuk masak Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera.

Bahan-Bahannya : (*Dihiris)

20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin –
*Saye guna ikan kurau, kalau ade ikan pari masin lagi best.

Ikan Kurau : https://invol.co/cl5f58r
Ikan Pari Masin : https://invol.co/cl5f5aw

Cara Membuat :

1. Mula-mula goreng ikan masin sampai masak.Selepas tu angkat.

2. Guna minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.

3. Masukkan petai, tumis sekejap.

4. Lepas tu masukkan daun kunyit dan serai hiris…tumis sampai layu.

5. Masukkan ikan masin dan asam keping…gaul bagi rata.

6. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Bagi mendidih jap. Time ni kalau nak letak tempoyak pun boleh, letak dalam 2 sudu besar. Memang meletups sedap!.

7. Tada, dah siap sambal kita. Nyam nyam

Selamat mencuba & menjamu selera!

Baca Lagi Di Sini:
Rendam, Selang Sehari Tukar Air, Petai Jadi Lebih Besar,Segar & Rangup!

Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap, Tak Cari Lauk Lain!

Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap

SAMBAL GEPREK Resipi Asal Jogjakarta,Tak Perlu Dimasak Hanya Letak Minyak Panas!

“Ini Tip Yang Saya Kumpul Nak Buat Sambal Tumis Bertambah Sedap!”

Mingguan Wanita : Boleh cuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai yang dikongsikan ini. Lauk simple tapi boleh buat makan bertambah-tambah.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang dibuat.

Sumber : Norisma Miskan

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab