Sambal hitam, hidangan yang boleh bangkit selesa bila tak rasa tak ‘lalu’ nak makan. Kalau rajin masak banyak banyak dan buat stok kat rumah. Tak perlu lauk lain pun, cukup dengan telur atau ayam goreng dah cukup.
Maklum sahaja, sekarang ini masih lagi musim belimbing buluh. Jadi, daripada buang dan membazir tak tahu nak buat apa. Apa kata buat sambal hitam belimbimbing buluh yang memang cukup popular sekarang ini.
Bukan setakat viral tapi kalau masak sambal hitam, boleh bertambah-tambah nasi. Gabungan padu dengan ayam goreng pun dah cukup. Mak-mak tak perlu pening kepala kalau dah masak sambal hitam. Tak ada lauk lain pun dah boleh ‘jalan’ dengan hidangan ini.
Perkongsian daripada Aisha Shukor dengan resipi paling mudah sambal hitam belimbing buluh, boleh mak-mak cuba di rumah. Tak adalah remeh dan senang sangat. Kalau rajin, buat banyak-banyak untuk stok kat rumah.
“Saya masak cara saya dan ikut selera kita. Nanti kalau bulan puasa bolehlah buat stok, naikkan selera bila makan dengan nasi panas ‘lawan’ ayam goreng yang direnjis kicap.
1. Ini belimbing buluh. Buang tampuk dan sangai saja atas pan. Janganletak air sebab belimbing ini akan jadi lembik dan keluar airnya sendiri.
2. Bila dah mula lembik, lenyek-lenyekkan dan sangai sampai hitam.
3. Bila dah kelihatan hitam dan kering. Tutup api.
Ads
4. Kisar cili + bawang merah + bawang besar + sedikit bawang putih. Nak pedas lebiknan cili dan ikan bilis. Ikut tekak sendiri.
5. Kisar dan letak sedikit air saja. Bila kisar, tak perlulah terlalu hancur.
6. Masukkan ikan bilis yang sudah dicuci, selawat dan toskan. Masukkan ikan bilis lebih sedikit barulah sedap. On off kan blender supaya nakmpak kasar-kasar sedikit.
7. Panaskan minyak lebih sikit sebanyak suku kuali. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak
Ads
8. Masukan belimbing yang sudah dimasak tadi.
9. Letak garam secukup rasa.
10. Gula ikut rasa masing-masing.
11. Tambahkan 3 asam keping. Sebab belimbing buluh dah rasa masam, tapi ia beza dengan rasa asam keping. Tumis semuanya sehingga betul-betul kering. Gunakan api sederhana. Bila lagi lama kita masak, lagi tahan lama.
Ads
12. Siap. Kering cantik hitam dan bukan hitam hangit. Angkat dan jangan ambil minyaknya. Tapi jangan tapis sehingga kering. Ada minyak sedikit baru rasa sedap.
13. Makan dengan ayam goreng atau telur dadar pun sedap juga.
MW: Kalau dah tak tahu, nak masak apa, makan sambal ini pun dah cukup berselera.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Biasa kalau mak-mak nak cepat, mesti akan guna bancuhan tepung segera bila nak menggoreng pisang, keledek atau cempedak. Tapi hasilnya, kadang-kadang tidak seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, ada juga mak-mak selesa menggunakan bancuhan tepung sendiri untuk menggoreng. Tepung yang digunakan pun mestilah sesuai untuk menggoreng.
Kadang-kadang, bila guna bancuhan tepung atau sendiri tidak sama seperti yang dijual di gerai. Ada yang serap minyak sampaikan habis setengah botol minyak. Tak kurang juga makanan yang nak digoreng itu jadi lebik dan sebagainya.
Salah satu makanan bergoreng yang dikatakan ‘harga kayangan’ tentulah cempedak. Maklum saja ada yang jual satu biji cempedak goreng dengan harga RMl. Adakah sebab bancuhan tepung yng lain dari lain, tidak serap minyak dan paling penting ranggup sampai ke petang.
Inilah yang membuatkan mak-mak ingin mengetahui rahsia apakah yang digunakan untuk pastikan bancuhan tepung menggoreng itu ‘menjadi’. Paling mudah, dapat masak sendiri di ruma, barulah puas hati.
Kali ini Zaky Mat Ali berkongsi cara mudah untuk membuat bansuhan tepung sendiri. Mak-mak kena ingat, tepung yang nak digunakan bukan semua boleh dibancuh. Begitu juga dengan tepung beras, ada banyak capnya dan kena sesuaikan dengan apa yang mak-mak nak masak.
Siapa suka cempedak goreng? Memang nikmat makan panas-panas lepas digoreng.
Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Dikongsikan resipi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
300 gram tepung beras 2 biji telur 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil kapur makan Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas. Pastikan adunan tidak terlalu cair sangat. Bolehlah masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.
Jenis Tepung Beras
Tepung Beras Gajah Seekor
Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita, kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
Sesuai untuk buat laksa
Ini biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam.
Mingguan Wanita : kalau tepung segera tak kena dengan selera kita, boleh buat sendiri bancuhan tepung, baru puas hati.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ikan bilis ini tak kisahlah dibuat sambal, sedap dimakan dengan nasi. Kalau digoreng dibuat kudapan pun jadi ketagih, tapi syaratnya kena gaul dengan tepung jagung. Serba-serbi berkait dengan ikan bilis memang sedaplah.
Tapi paling penting dalam menentukan sedap atau tidak ikan bilis adalah bila dimasak ia kekal rangup. Mungkin mak-mak boleh cuba petua ini.
Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis harus digaul tepung jagung dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi rangup.
Ini resipi ikan bilis goreng tumis dengan cili kering gunting, bawang putih, sos cili dan sos tiram.. Anak-anak memang makan, mereka ratah macam itu saja sebab rangup digaul tepung jagung sebelum digoreng.
Ada ke yang nak cuba buat. Simple saja caranya, paling penting sedap .. ceewaahhh.. Hehehe..
Kalau makan dengan nasi panas-panas boleh menambah…
Bahan-bahan (termasuklah tepung jagung):
Segenggam ikan bilis
Tepung jagung secukupnya ( fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangupnya )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
3/4 tangkai cili kering di gunting halus ( rebus dan toskan )
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Sedikit air
1. Ikan bilis di cuci bersih, toskan. Kemudian, tabur tepung jagung, gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah digunting, kacau hingga cili sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air. Kacau sebati. 5. Biarkan sedikit pekat, masukkan ikan bilis. Gaul rata, siap.
MW: Rasanya yang masam, manis bukan sahaja sesuai untuk makan bersama nasi panas. Makan macam tu saja pun layan.
Sudah tak tahu nak masak kuih apa untuk berbuka. Apa kata cuba bebola kristal, idea dari Khairul Nisah Mohammad Akhir. Bahan yang digunakan pun senang. Mak-mak boleh cuba buat petang nie yer.
Bahan-bahan:
500 gram keledek ungu
125 gram selfrising
1 sudu besar tepung ubi
1sudu besar tepung beras
1sudu besar margerin
Gula kastor untuk disalut
Cara Membuat:
1. Kupas kulit keledek, basuh dan kukus. Sejukkan seketika.
2. Selepas itu, uli ubi tersebut dengan masukkan marjerin dan sedikit demi sedikit tepung. Uli sehingga menjadi doh.
.
.
.
3. Bentukkan menjadi doh yang kecil.
.
.
4. Goreng sehingga keemasan.
.
5. Angkat dan toskan.
6. Golekkan bebola tadi di dalam gulaa kastor.
7. Sedia dihidang dan makan panas-panas ketika berbuka nanti.