Sekarang ini tengah musim belimbing buluh. Kalau dulu, buah ini popular dengan resipi sambal hitam. Kini, rata-rata orang pelbagaikan resipi dengan buah ini. Memang menjadi!
Sebenarnya, buah belimbing buluh, cukup terkenal dengan resipi sambal hitam. Tapi, memikirkan cara nak membuatnya mengambil masa yang lama, ada yang sanggup beli, walaupun harganya boleh tahan mahal juga.
Kini, tak perlu nak risau, kalau ada pokok buah belimbing buluh ini boleh cuba buat sendiri. Nak senang dan cepat, gunalah periuk tekanan. Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh mak-mak cuba. Bahan pun tak banyak. Memang merecik lah!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Senang Sambal Belimbing Buluh SEDAP, Hanya https://www.instagram.com/mingguanwanita/Guna 3 Bahan!
Resipi Ringkas Kerang Rebus Sos Thai, Buat Sendiri Sosnya, Barulah Terangkat!
Info Lebih Menarik DI SINI
“Sekarang tengah musim belimbing buluh ke? Staf saya pula beri saya 2 kg belimbing buluh. Nak buat kek tak pandai. Jadi kita buat sambal hitam ekspress.
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
2 genggam ikan bilis
10-15 biji cili padi
15 biji bawang merah (kecil)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Sambal hitam ini berasal dari Pahang. Ramuannya hanya 4 bahan sahaja, tapi rasanya boleh buat nasi tambah 4 kali.
2. Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul. Belimbing buluh ini rasanya sangat masam, manis dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
3. Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ini gelap warnanya. Kita buat stail bandar. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
4. Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk itu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
5. Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
6. Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
7. Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis dan buka! Nampak belimbing buluh ini dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni cedok dan buang.
8. Untuk lagi kering, set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ini, kalau tidak ia akan hangus.
9. Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu.
10. Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
11. Kacau sampai hancur belimbing buluh tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
12. Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit atau kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit. Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
13. Ok, hiaskan cantik-cantik. Sambal ini rasa sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara bandar ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
14. Close up! Terliur tak membayangkan rasa sambal hitam ni.
15. Jemput makan! Makan tengah hari dengan nasi putih panas dan telur pun dah padu! Bila sambal dah sejuk, ia semakin hitam.
16. Petang makan dengan lempeng pula! Sarapan pun sesuai! Sungguh syahdu makan lempeng dengan sambal hitam. Tak lempeng? Roti pun jadi weh! Cubalah!
MW: Boleh cuba buat sendiri, memang padulah. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan cepat pula.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita