Tak perlu lauk lain pun, sambal goreng garing pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan dan boleh bertambah-tambah lagi.
Malah, sambal goreng garing bukan saja makan dengan nasi panas tapi paling sedap siap buat ratah lagi depan televisyen. Memang layanlah. Anak-anak pun suka kalau ia tidak pedas.
Rupanya nak buat sambal goreng garing ini tidaklah susah pun, semuanya bergoreng saja. Selepas itu, campurkan kesemua bahan dan siap masukkan dalam bekas kedap udara.
Inilah resipi sambal goreng garing yang cukup ringkas dan mudah dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer.
1. Gunakan cili kering yang biasa dan jenis yang besar-besar ini untuk kurangkan kurangkan kepedasan supaya semua golongan boleh makan sambal garing nie.
a) Gunting cili untuk buang biji. Masukkan dalam food processor je terus, mudah sangat.
b) Cuci
c) Jemur sehingga kering dan rapuh
d) Goreng cili kering ni dengan mengunakan sedikit minyak dan menggunakan api yang kecil. Balik-balikkan cili sehingga cili garing.
e) Sejukkan dan tos dalam penapis
2. Masukkan cili di dalam blender kering @ food processor. Tambahkan kiub pati ikan bilis. Agak-agak dan tiada sukatan pun.
Ads
3. Masukkan 2 sudu gula halus.
4. Ini hasil cili yang telah dikisar. Jika cii kurang kering (semasa menjemur, maklum la sekarang musim hujan), tekstur cili akan sedikit kasar. Lagi kering cili kita, lagi cantik hasil sambal kita nanti.
5. Di dalam dulang ini ada bawang goreng rose + bawang putih krispi + ikan bilis rangup. Gaul rata
Ads
6. Masukkan cili kisar kita tadi. Gaul sehingga sekata.
7. Inilah hasilnya
8. Nampak tak semua bahan dalam tu garing-garing belaka. Krup krap krup krap. Ni klu ratah depan tv pun boleh habis sebalang.
Ads
9. Kanak-kanak pun suka makan sambal garing ni, sbb versi buat ini kurang pedas. Boleh juga dijadikan kudap-kudapan
10. Dah boleh masukkan ke dalam balang yang kedap udara.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Selamat mencuba.
Sebagai seorang ibu, setiap hari kita wajib memikirkan menu yang sesuai untuk hidangan famili.
Tak kiralah sama ada anda ibu yang bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa. Wajib untuk anda menghidangkan masakan setiap hari. Namun dek kerana keluarga tercinta sudah pasti golongan ibu ini perlu memasak juga walaupun dalam keletihan.
Bagi mereka yang bekerjaya menu yang ringkas menjadi pilihan utama.
Apa kata anda sediakan resipi Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai yang cukup ringkas. Jadi memang tak keluar peluhpun masa nak memasak.
Resipi ini insya-Allah gerenti jadi kerana ia sangat mudah dan tidak banyak menggunakan bahan rempah ratus.
Air Tangan Ibu Santapan Digemari
Air tangan ibu semestinya sangat berharga dan menjadi santapan paling digemari ahli keluarga.
Foto: Sumber Internet
Hanya Perlu Goreng & Tumis, Jimat Wang
Hanya perlu goreng dan tumissahaja, masakan anda boleh dihidangkan. Bukan saja menjimatkan wang malah anda boleh menikmati makanan ini dengan keluarga tersayang.
UDANG GORENG DAUN KETUMBAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL di buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah dicincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar dihiris halus
Sedikit daun bawang dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1:
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
LANGKAH 2:
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
LANGKAH 3:
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
LANGKAH 4:
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
LANGKAH 5:
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
LANGKAH 6:
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Tak semua pandai masak sagu dengan betul. Silap cara masuk air lebih, masih ada biji-biji sagu dan melekat-lekat, berketul. Mulalah hilang mood nak makan sagu gula melaka.
Bagi mak-mak yang masih ‘fail’ nak masak sagu, ada cara yang boleh membantu. Katanya bukan setakat sagu nampak cantik sebiji-sebiji tapi mampu tahan lama dalam peti ais, lebih kurang 1-2 minggu lamanya.
Dalam perkongsian Aisya Humaira, dia masak sagu berbintil cantik dan tak melekat dengan cara ini.
Caranya:
1. Didihkan air. Air betul-betul menggelegak baru masukkan sagu dalam periuk dan air mesti lebih dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.
2. Setelah sagu bertukar jadi jernih iaitu warna putih dah hilang, angkat periuk dan tuang sagu salam bakul dan bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya sagu tak terkeluar.
3. Simpan Ssgu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Tutup kemas dan simpan dalam peti air. Boleh tahan 1-2 minggu.
4. Cara ini sagu nampak cantik berbiji dan tidak melekat. Sedia guna untuk bila-bila masa.
5. Jika buat untuk manisansagu gula melaka, hanya campurkan air gula melaka, sagu dan susu cair. Boleh juga sudukan sagu dan masukkan dalam bubur yang telah siap.
Kek Jantung Pisang merupakan kek warisan asli dari Negeri Sarawak. Namun jangan salah faham, kek ini sama sekali tidak menggunakan jantung pisang.Tapi hanya rupanya yang berlapis seakan bentuk jantung pisang.
Uniknya dan cantiknya rupa kek ini, ia tidak dibakar didalam oven seperti kebanyakan kek biasa. Sebaliknya perlu digoreng, ditindan satu persatu dalam kuali bagi mendapatkan bentuk lapisan yang cantik. Untuk membuatnya agak renyah, tapi berbaloi dengan rasa dan hasilnya nanti.
Mak-mak boleh cuba resipi Kek Jantung Pisang yang dikongsikan oleh Puan Ummi Lynn ini sebagai rujukan.
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian, masukkan telur putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4.Putar sampai sebati.
5. Ambil satu senduk kecil, masukkan dalam kuali, ratakan nipis dan goreng sampai masak.
6. Angkat dan keluarkan, kemudian buat lapisan kedua. Apabila lapisan kedua hampir masak, lapiskan dengan lapisan pertama tadi.
7.Buat berulang-ulang langkah ini, sehingga habis bancuhan tepung.
8. Biarkan sejuk seketika, dan bolehlah dipotong.
Siap!
Kek ni tak menggunakan oven tau..goreng guna kuali kecik yang dalam, Barulah ia cantik berbentuk bujur jantung pisang.