Bunga kantan, boleh dikatakan ulam yang sangat eksklusif sebab harganya boleh tahan juga. Tapi, bestnya kalau tanam sendiri memang tak habis maka, boleh bagi kat jiran-jiran lagi.

Menariknya, ia bukan hanya untuk dijadikan bahan tambahan pada asam pedas, laksa penang atau dijadikan ulaman. Kena caranya boleh buat sambal cili api atau kerabu.

Kali ini, perkongsian daripada Aiza Hamdan dengan resipi sambal cili api bunga kantan. Memang menyelerakan, baunya harum semerbak bila dimasak, belum lagi makan boleh buat bertambah-tambah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Bunga Kantan, Buat Resipi Cili Api Bersama Ikan Bilis

Bahan-bahan:

Ikan bilis
Bunga kantan
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

Ads

2. Sementara itu, bunga kantan dihiris. Ikut cara masing-masing, halus atau kasar.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!
.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!
.

3. Kisar cili api, bawang merah dan bawan putih. Kemudian, tumis bahan tersebut dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!
.

Ads

4. Apabila dah masak sambalnya, masukkan bahan hirisan tadi dan gaul sehingga layu.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!
.

5. Masukan bahan perasa ikut selera masing-masing.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!
.

6. Bila sambal dah sejuk. Barulah masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
Ikan bilis ini boleh saja ditumbuk kasar atau tumis sekali bersama cili kisar tadi. Ikut selera.

Ads

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!

7. Dah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

Resipi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Tunggu Sejuk Baru Gaul Ikan Bilis, Sedap Sangat!

Hasilnya, bila dah betul-betul kering.

Mingguan Wanita : Sedap sangat ni. Bahan pun simple-simple.

Sumber: Aiza Hamdan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI