
Bagi orang yang nak kurus dan diet serta suka makan ulam-ulaman, boleh buat sambal belacan ini. Yang penting pelengkap rasanya kena guna bahan-bahan lulus diet.
Boleh cuba resipi sambal belacan yang dikongsi oleh Afy AL Habibi.
Sambal Belacan Nak Kurus
“Kali ni penyediaan sambal belacan berbeza sedikit untuk diet cikgu. Untuk kurus, cili juga boleh membantu. Cuma pastikan tak makan berlebihan je.
“Cikgu guna lemon, gula merah dan garam bukit sebagai bahan lulus diet. Rasa sedap seperti biasa. Yang bahaya, takut bertambah nasi jadi berganda. Haa
“Selamat mencuba!”
Bahan Bakar
1 ulas bawang besar
1/4 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan( nak tambah lagi pun boleh ikut kesukaan)
Bahan Lain
Segenggam cili padi merah
Segenggam cili padi hijau
3 tangkai cili merah
7 biji limau kasturi( buang semua biji)
1 biji lemon ( diperah)
Pelengkap Rasa

Gula merah / pemanis stevia
perencah hilal/knorr
garam bukit
Artikel Berkaitan:
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat
Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!
Cara Buat
1-Masukkan bahan yang dibakar. (Tinggalkan bawang sedikit untuk dihiris). Kemudian masukkan cili dan 3 biji limau kasturi bersama kulit. Perasakan dengan 2 sudu kecil garam bukit, 8 sudu besar gula merah, dan 1 sudu kecil perencah hilal. Perahkan pula sebiji lemon.
2-Tambah sedikit air. Jangan biarkan sambal terlalu cair. Kisar bahan hingga lumat.
3-Setelah kisar masukkan dalam bekas.
4-Tambah sedikit hirisan bawang bakar tadi.
5-Perahkan juga baki limau kasturi. Masukkan sedikit hirisan kulit limau. Kacau sehingga sebati. Siap
Sumber: Afy AL Habibi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
3 CARA Buat Kek Marble, Confirm Jadi Tak Payah Bakar Lama-Lama

Sedapnya makan kek marble gebu, lembut dan cantik. Nak buat pun mudah je dan tak gunakan bahan-bahan yang banyak pun.Rupanya ada 3 cara kaedah membakar kek Marble ni.Boleh ikut resipi dan kaedah yang dikongsikan oleh Puan Ariana Sofia Ahmad ini.
“Dah lama ariana tak share resepi. Hari ni Ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Bila nak datang rumah je mesti suruh ariana buat.”
Dekat bawah ni Ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus. Selalunya ariana guna cara kedua buat kek ni untuk umie, yang ni confirm jadi tak payah nak bakar lama-lama.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Kek Oren Sempoi, Nostalgia Dulu-Dulu. Sedap & Tak Muak Pun!
Resipi Kek Lumut Tahan Sehingga Sebulan, Lagi Lama Simpan Lagi Sedap!
Ada 3 tips Cara Bakar atau Kukus
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas
dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Resepi Kek Marble Jelita Ayu Gitu!!
Bahan-Bahan:
6 biji telur ( gred B)
1 1/4cawan gula castor
1 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovallete
1sk esen vanila
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar susu segar
Cara Membuat:
- Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu atau bertukar warna putih.
2. Pastikan jadi putih macam ni. Adunan gebu je.
3. Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur. Ariana masukkan semua terus.
4. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin macam ni dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.
5. Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh.
6. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar.
7. Mix sehingga adunan sebati dan licin macam ni.
8. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.
9. Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.
10. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang 8′ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter/ majerin.
11. Lepas tu lorek guna lidi ikut kreativiti masing-masing.
12. Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.
13. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.
14. Lepas tu lorek ikut kreativiti sendiri. Bakar dengan suhu 130°c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.
15. Dah masak terbalikkan atas redai@jaring petak. Takda redai pun takpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap.
16. Lepas 5 atau 10 minit betulkan semula kek.
17. Nilah rupa kek bahagian dalam. Lembut je.
18. Lepas tu potonglah. Kek ni tak manis sangat. Mak-mak mesti suka. Selamat mencuba.
Kek kalau masak elok, dalamnya memang lembut dan gebu.
Ni ariana guna cara bakar yang pertama iaitu bahagian atas warna nampak cantik.
Lebih banyak resipi menarik di sini:
MW: Semoga perkongsian resipi dan kaedah ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba sendiri buat Kek Marble di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Ariana Sofia Ahmad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sambal Garing Bilis Tempe Tahan Lama, Nak Goreng Dan Gaul Pun Kenalah Tahu Rahsianya!

Penyedap makan waktu sahur, Sambal Garing Bilis Tempe ini salah satu menu yang dicari-cari bila nak masuk bulan Ramadan. Tetapi kalau tak dapat tangkap di kedai, maka mak-mak kenalah buat sendiri.
Nah, ini rahsia buat sambal garing bilis daripada Puan Sutera Ayu yang mendapat perhatian ramai di laman media sosial. Apa yang menarik, wanita ini juga tak lokek kongsi tip macam mana nak goreng tempe dengan betul. Tak pecah dan hancur bila digaul.
Sambal garing bilis tempe pedas masam manis.
Untuk persediaan lauk di bulan ramadan.
Resepi 1kg ikan bilis
1 kg ikan bilis kopek 4
10 keping tempe rega 50 sen
250 gram cili padi hijau
50 gram cili api
200 gram bawang putih
50 gram asam jawa(ambil airnya)
300gram gula putih
2 sudu besar chikenstock
2 sudu teh garam
5 sudu besar gula flame
Basuh ikan bilis, tapis dah air kering baru goreng hingga rangup.
Potong-potong nipis cili dan bawang putih, goreng asing-asing sehingga kering tapi jangan hangit. Nanti pahit. Cili itu setengah kering pun boleh, dah goreng terus tapis macam ni.
Kali ni saya tak letak halia, sebab budak-budak ada yang tak suka. Kalau nak letak halia pun boleh. Sama je caranya, halia potong nipis-nipis dan terus goreng sampai kering.
Panaskan minyak dalam 1 cawan, masukkan serbuk cili babas, air asam jawa, gula flame dan gula putih. Kacau hingga naik minyak dengan api perlahan dan naik minyak dan berbuih tutup api. Baru kita masukkan cili goreng bawang, tempe dan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
Setelah pecah minyak dan gula macam ni terus tutup api. Masukkan bawang dan cili yang dah goreng tadi. Gaul rata, masukkan tempe dan bilis. Gaul-gaul perlahan hingga sebati.
Tip Supaya Tempe Tidak Patah Masa Dihiris Dan Goreng
Beli tempe hari ini, jangan terus goreng. Biarkan dulu 2 malam dalam peti ais, nanti dia akn padat dan senang untuk dipotong. Tak pecah-pecah.
Dah sejuk baru kita simpan dalam botol-botol kecil macam ni, senang nak makan, habis satu, ambik lagi satu. Kalau rajin boleh buat open order untuk kengkawan ataupun jiran.
Sambal ni tak perlu disimpan dalam peti ais sebab tahan dalam sebulan lebih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Cheesecake 3 Bahan, Paling Mudah, Cepat Untuk Anak Makan

Sebut saja resipi cheesecake mesti semua akan teruja. Maklum sajalah bukan mak-mak yang suka tapi anak-anak pun sama, kek keju katakan.
Rupanya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah susah sangat pun. Cukup bahan mesti menjadi. Malahan, ada juga yang mak-mak ikut citarasa masing-masing. Ada yang tambah bahan tertentu untuk rasa lebih sedap.
Sebenarnya, nak buat resipi cheesecake ini tidaklah remeh. Paling mudah dan cepat, lebih-lebih lagi bila anak-anak minta malam-malam. Inilah resipi yang diajar oleh doktor, cara buatnya yang hanya ambil masa sejam lebih dan menggunakan 3 bahan saja. Menarik kan!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mini Cheesecake Mudah, Guna Bahan Yang Ada Di Dapur Pun Jadi
Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Resipi Cheesecake Paling Senang
Jam 8 malam anak-anak kata rasa nak makan kek. Saya terus kata, “Marilah teman Papa buat cheesecake, guna 3 bahan je. Nak?”
“Nak!” jawab Along (10 tahun), Angah (7 tahun 8 bulan) dan Aboy (4 tahun 6 bulan). Isteri di sebelah saya tersenyum.
Kek keju versi saya ini guna 3 bahan saja:
1) 250gm cream cheese
2) 6 sudu besar susu pekat manis
3) 4 biji telur ayam
Ilham ini datang selepas tengok satu rancangan masakan di TV, orang Jepun buat cheesecake versi mereka. Tapi mereka punya kompleks lagi, letak gula, esen vanila, beberapa sudu tepung gandum dan sebagainya. Saya ni manalah suka nak buat resepi kompleks jadi saya kenalah reka/cuba sendiri buat versi sendiri je….
Senang buat, tak ambil masa lama. Anak-anak kecil pun boleh buat. Sebelum jam 9.15 dah boleh makan. Cepat kan!
- Bahan-bahan yang diperlukan.
- Kacaukan cream cheese dan susu pekat manis. Pastikan ketul-ketul ni dikacau hingga hilang.
- Bila sudah siap kacau cream cheese tadi, kacaukan pula telur kuning dan tak perlu kembang pun. Boleh saja minta anak tolong kacaukan telur kuning.
- Putih telur perlu dikacau hingga jadi meringue. Tuangkan putih telur ke dalam bekas tinggi dan putarkan guna mixer.Kalau nak kacau manual guna tangan pun boleh.
- Guna mixer jadi senanglah. Ini tekstur meringue daripada putih telur ni, kita sendukkan, ia tak jatuh ke bawah.
- Masukkan kuning telur ke dalam adunan cream cheese tadi.
- Kacau sebati.
- Ini rupa adunan cream cheese + susu pekat manis tadi dicampur kuning telur.
- Kemudian, masukkan meringue putih telur ke dalam adunan cheese. Kacau perlahan.
- Selepas itu, sediakan loyang nak bubuh kek. Terbalikkan bekas,ukurkan dan bentukkan baking paper ni dari bahagian luar.
- Alaskan baking paper dalam loyang, tuangkan adunan cheesecake 3 bahan ke dalamnya.
- Buat water bath. Loyang kek tu diletakkan dalam bekas lain yang berisi air.
- Panaskan oven pada suhu 175’ selsius sebelum masukkan adunan kek. Adunan kek secara water bath ini bakar pada 175’ selsius selama 45 minit.
- Dah selesai 45 minit, jam 9 malam anak-anak excited nak makan cheesecake ni. Boleh periksa sudah masak atau tidak dengan menggunakan lidi sate.
- Tak ada melekat, maksudnya kek sudah masak elok. Alhamdulillah.
- Matikan suis, tutup semula pintu oven tetapi biarkan terbuka sikit, letak guna lidi sate tadi. Biarkan 10 minit lebih kurang.
- Dah sejuk, keluarkan daripada oven. Beginilah rupa cheesecake versi saya.
- Potong pun senang je. Takde pecah-pecah.
- Lembut gebu. Seronoknyaaaaa kek menjadi. Lain kali boleh guna loyang/bekas kecil yang tinggi, supaya kek lebih tebal. Rasanya kalau lebih tebal jadi lebih gebu ni
- Sedap, tak manis. Kalau anda suka manis, lebihkanlah susu. Lembut ni tekstur dia, memang tak rugilah buat. Senang pula tu.
Mingguan Wanita : Nanti bleh cuba buat. Guna 3 bahan saja. Mudah sangat.
Sumber: Dr Syahr Musafir
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!