Ada macam-macam resipi sambal belacan yang mudah dah sedap yang boleh membangkitkan selera. Antaranya seperti ‘Sambal belacan Kelantan’ ini. Ada juga yang panggil ‘Sambal Jantan’. Bahan-bahan yang digunakan cukup simple, dan menggunakan ramuan sepeti cuka. Istimewanya sambal belacan ni, ia tahan lama walaupun tak disimpan dalam peti sejuk. Malah makin lama simpan makin sedap. Boleh dinikmati dengan mee hoon goreng, mee sup, laksam dan sebagainya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh An Nur Al Han sebagai panduan;
Hari tu ada yang minta resepi sambal belacan kelantan yang boleh tahan lama nie. Serius hang pa dua minggu dah kami hanya letak di luar. Langsung tak letak dalam peti ais. Sambal masih elok dan makin sedap walawehh.
Resepi nie kami dapat dari mak cik yang guna khidmat kami sebagai runner pos. Alhamdulilah ada serba sikit rezeki dari yang Maha pemurah.
Ok nie kami share ya resepi nya.
Bahan-Bahan:
Lada burung/Lada kampung
Belacan Goreng/bakar
Cuka
Gula
Garam
Pak aji
Cara Membuat:
1. Lada burung/lada kampung hang pa kena blend kasar dengan belacan dan cuka (cuka letak agak-agak boleh kisar lada jer. Jangan sesekali letak air biasa ya).
2. Kisar kasar (Cara kisar kasar kena on off terus blender tu lepas tu repeat balik on terus off sampai Lada tu dah hancur macam tumbuk-tumbuk manja tu jer.Tak mau lumat yer.kurang sedap nanti).
3. Lepas kisar kasar. Tapis lah lada yang kisar dengan cuka tu. Buang air cuka tu. Dah agak-agk kurang air cuka tu, baru gaulkan sambal kita dengan gula,garam Dan serbuk perasa. Rasalah agak-agak secukup rasa masam manis, masin ye.
Ads
4. Dah siap gaul boleh lah simpan dalam botol. Boleh letak di luar.Tak payah simpan dalam peti ais.Selalunya sambal nie makin lama makin sedap selepas hari ke 4-5 macam tu.
Ok lah selamat mencuba ye.
Kalau sudi selit-selitkan lah doa buat kami. Semoga bisenes kami sentiasa dipermudahkan dan semakin berkembang.
Mingguan Wanita : Menariknya sambal ni cukup mudah nak buat, bahan-bahan pun sikit je. Yang penting tak perlu simpan dalam peti sejuk pun boleh tahan lama. Sedap makan dengan mihun goreng, mee sup dan nasi putih.
Sesekali nak makan burger, memang berbaloi jika buat sendiri di rumah. Jika selalu goreng burger kosong begitu sahaja, rupanya bila ditambah bahan-bahan lain rasanya lebih berperisa dan berjus.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli’ ini.
Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.
Bahan campuran:
3 keping daging burger
1/2 bawang kuning – dipotong dadu
1/2 daun sup
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji telur ayam
Cara Membuat:
1.Kacau semua sekali hingga sebati.
2.Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.
3.Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa di atas kuali leper.
4.Letak sekeping keju di atas daging dan tutup periuk. Kita biarkan keju cair.
5.Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.
6.Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.
7.Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.
8.Tutup dengan roti gardenia.
9.Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.
Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Buah mengkudu ini sejenis tanaman liar yang banyak manfaatnya. Tapi tak ramai yang explore kebaikannya. Buah ini juga dikenali dengan nama Noni. Buah yang ranum sedikit menyengat baunya.
Ini perkongsian daripada Puan Lily Haslina Nasir bagaimana nak menghasilkan pati mengkudu secara step by step.
“Mak che bunga dah banyak kali share juga cara buat. Okay ni gambar step by step mengkudu ni ya.”
Bahan-bahan
Buah mengkudu
Air
Caranya
1. Cuci bersih buah mengkudu.
2. Cincang kisar buahnya.
3. Kisar dengan air masak. Kalau nak manis, boleh masukkan gula. Nak lebih sedap, perahkan lemon di dalamnya.
Nak Minum Macamana?
“Biasanya kami buat berperiuk-periuk dan bekukan. Tahan lama. Yang sebetulnya, malas nak buat selalu. Kalau super malas tak tapis pun. Telan ajer semua yang dikisar.
“Confirm bangun pagi kalau minum yang pati gitu skin rasa macam berbedak saja. Bersih rasa kulit.”
Mak Che bunga selalu minum ini 3 liter sehari.
Rasa airnya manis kelat. Dan sejak minum ni bertahun-tahun dulu, dah tak pernah habis duit beli vitamins. Dulu berbotol-botol vitamins sebulan.
Faedahnya
√ Hilangkan darah tinggi
√ Bersihkan kulit
√ Sihat dan awet muda
Sumber/Foto: Lily Haslina Nasir
Satu Lagi Cara Membuat Jus Mengkudu, Minuman Sihat
Pilih mengkudu matang yang berwarna hijau. Kerana ia mengandungi bioaktif yang tinggi dan kurang berbau. Anda boleh juga menambah buah-buahan lain seperti anggur dan epal untuk mengurangkan bau yang kurang enak.
Sebaiknya sepanjang mengambil minum pati mengkudu ini elakkan pengambilan kopi, teh atau minuman beralkohol.
Jus Mengkudu Epal/Anggur
2 biji buah mengkudu matang
Buah Anggur / Epal
Madu
Caranya
1. Kupas Mengkudu kemudian buang biji.
2. Kisar bersama epal atau anggur. Biar sampai halus.
3. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan madu (gunakan sudu plastik).
Cara Minum
√ Jus cara pembuatan ini perlu segera diminum dan jangan disimpan kerana ia mudah basi.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.