Bahagianya dapat menikmati Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Manis, berlemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap!Jika selalu, kita buat sagu, kuah gula melakanya dibuat asing. Namun mengikut perkongsian resipi Puan Aishah Ismail ini, Sagu Gula Melaka Ori tak letak pewarna pun. Malah gula melaka dimasak sekali dengan sagunya.
Petang ni saya buat Sagu Gula Melaka Ori.Tak bubuh pewarna.Sedapnya makan sejuk-sejuk, basahkan tekak.Saya kongsikan di sini resipinya.
1 1/2 cawan biji sagu
2 ketul gula melaka (Dihiris)
1 tin susu cair
2 helai daun pandan
4 cawan air
1. Masak air dalam periuk bila mengelegak masuk sagu dan kacau sampai jernih biji sagu. Tapis lalukan bawah air paip bagi hilang kanji.
2. Masak air masukkan gula melaka yang dihiris daun pandan.Biar sampai gula larut dan mendidih.
3. Bila dah mendidih masukkan sagu yang telah ditapis tadi.
4. Kacau sampai pekat dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang 10×10. Biar dia sejuk baru simpan dalam peti ais.
6. Kebetulan ada kelapa parut saya letak garam gaul jadilah Sagu Bronok Gula Melaka, kaedah 2 dalam 1.
7. Susu cair saya masak sekejap atas api letak secubit garam. Ada yang tak nak masak susu terus curah atas sagu pon boleh jugak. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Siap!
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sagu Gula Melaka Cantik Sebiji-Sebiji Tak Berketul, Rendam & Lalukan Air SEBELUM Tos!
Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!
MW: Sedapnya Sagu Gula Melaka ‘Ori’ yang dikongsikan ini, boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, apatah lagi makan sejuk-sejuk, buat basahkan tekak memang nikmat tak terkata.
Sumber: Aishah Ismail