Bahagianya dapat menikmati Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Manis, berlemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap!Jika selalu, kita buat sagu, kuah gula melakanya dibuat asing. Namun mengikut perkongsian resipi Puan Aishah Ismailini, Sagu Gula Melaka Ori tak letak pewarna pun. Malah gula melaka dimasak sekali dengan sagunya.
Berikut resipi yang dikongsikan;
Petang ni saya buat Sagu Gula Melaka Ori.Tak bubuh pewarna.Sedapnya makan sejuk-sejuk, basahkan tekak.Saya kongsikan di sini resipinya.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan biji sagu
2 ketul gula melaka (Dihiris)
1 tin susu cair
2 helai daun pandan
4 cawan air
Cara Membuat:
1. Masak air dalam periuk bila mengelegak masuk sagu dan kacau sampai jernih biji sagu. Tapis lalukan bawah air paip bagi hilang kanji.
2. Masak air masukkan gula melaka yang dihiris daun pandan.Biar sampai gula larut dan mendidih.
Ads
3. Bila dah mendidih masukkan sagu yang telah ditapis tadi.
4. Kacau sampai pekat dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang 10×10. Biar dia sejuk baru simpan dalam peti ais.
Ads
6. Kebetulan ada kelapa parut saya letak garam gaul jadilah Sagu Bronok Gula Melaka, kaedah 2 dalam 1.
7. Susu cair saya masak sekejap atas api letak secubit garam. Ada yang tak nak masak susu terus curah atas sagu pon boleh jugak. Terpulang pada citarasa masing-masing.
MW: Sedapnya Sagu Gula Melaka ‘Ori’ yang dikongsikan ini, boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, apatah lagi makan sejuk-sejuk, buat basahkan tekak memang nikmat tak terkata.
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Biasanya kalau beli ayam seekor, bahagian dadalah yang paling ‘tak laku’. Takde siapa yang nak makan bahagian isi ayam ni. Sebenarnya mak-mak boleh olah, dengan buat resipi Ayam Gulung guna fucuk ni. Ayam Gulung atau Taugi Ayam ni, selalunya memang banyak dijual di pasar malam. Ia dikukus dan digoreng memang sedap dicicah dengan sos Thai. Bila buat sendiri memang lebih jimat, diyakini kebersihan dan status halalnya.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ayie Baizura Man sebagai rujukan.
Taugi ayam / ayam gulung. Benda nie kalau jumpa orang jual kat pasar malam selalunya memang beli bercucuk-cucuk. Hari ni rajinkan diri buat. Stok dada ayam banyak, sian takde siapa nak makan dok dalam peti tu. Buat macam nie memang sekejap je licin.
Bahan-Bahan:
Fucuk – rendam dengan air biasa dalam setengah jam.
2 mangkuk *isi ayam – kisar halus
1 biji telur
3 sudu penuh tepung ubi
Segenggam cendawan telinga – cincang
Sikit suhoon – rendam & potong kecil-kecil
1/2 batang Carrot – potong dadu kecil-kecil
1/2 biji bawang holland – potong dadu kecil-kecil
3 ulas bawang putih – cincang
Maggie cukup rasa
Gula & garam
Serbuk lada putih
*Note : Nak tambah isi udang pun boleh. Hancurkan, lagi sedap.
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan-bahan di atas.
2.Fucuk yang dah rendam tadi potong. Agak-agaklah saiz yang suka bila nak gulung nanti . Lap sikit fucuk tadi.
3.Gulung macam dalam gambar tu. Hujungnya sapu dengan telur.
4.Buat sampai habis. Baru kukus dalam 15-20 minit.
5.Sejukkan dulu baru potong-potong kecil.
6.Goreng bila nak makan. Sedap cicah dengan Sos Thai.
MW:Menarik juga resipi ayam gulung ni. Jadi kalau stok dada ayam banyak di rumah tu, boleh buat resepi yang dikongsikan ni. Pasti laku, dan sekejap je licin.
Resepi daging jeruk limau kasturi ini ada cara nak buat dia bagi tak rasa pahit dagingnya. Petuanya kena peram sampai 5 hari dengan perahan limau kasturi tanpa biji. Biji itu yang buat daging rasa pahit.
Cara buat daging jeruk limau kasturi ini dikongsikan oleh Naeamah Balqis yang begitu tersusun barang dapur dalam peti ais rumahnya. Setiap bulan dia akan beli daging lembu.
Lebihan itulah dia buatkan jeruk. Harga daging lembu yang dibelinya di pasar malam dalam RM37. Separuh di simpan dalam freezer untuk masakan lain.
“Separuh lagi buat daging jeruk. Lama dah tak buat. Teringin pula nak makan.”
Bila dah gaul dengan bahan-bahan dia, simpan dalam peti ais. Biarkan 4 ke 5 hari. “Nanti bolehlah tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas.”
Ketika memasaknya pun tak perlu lama-lama. Jika betul cara potong daging dan cara menjeruknya, daging itu sendiri akan jadi lembut sebaik dimasak.
Ini Resepi Daging Jeruk Limau Kasturi Semudah ABC
3 bahan sahaja…daging + limau kasturi + garam
Daging dipotong nipis-nipis. Sebelum potong basuh dahulu daging seketul besar tu.
Limau kasturi.. sedap pulop nampak limau ni. Masa picit dalam daging nanti, asingkan biji limau. Jangan masukkan sekali nanti pahit.
Garam secukup rasa
Masukkan daging yang telah dipotong dalam satu bekas / besen. Masukkan garam secukup rasa, masukkan air perahan limau nipis. Gaul sebati. Ni cara malas la.. kalau rajin, susun daging selapis dalam bekas. Pastu tabur garam dan picit limau. Kemudian, buat lapis ke-2. Tabur garam dan picit limau. Ulang step sampai habis.
Dah siap! Simpan dalam bekas. Letakkan kulit limau sikit. Simpan kat dalam peti ais. Lepas 4 /5 hari boleh la tuan rumah goreng bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Umpphh… silalah uolss buat.
Lepas 5 Hari Masak Daging Jeruk Macam Ini
“Malam ini masak daging yang saya jerukkan hari itu. Cukup 5 hari malam ini. Goreng bawang dan cili. Sedapnya, manis bawang, masin semua ada. Cukup rasa. Makan dengan nasi panas-panas.”
Daging jeruk yang dah siap peram 5 hari.
Bawang merah (potong bulat-bulat) + bawang putih ketuk + cili merah besar
Goreng bawang merah + bawang putih
Masukkan cili merah
Goreng sehingga kekuningan
Masukkan daging. Kacau dalam 5 minit.
Dah! jangan lama-lama sangat. Berjus gitu. Lembut jer gigit. Makan dengan nasi panas-panas.. umpphh!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...