Resepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.
“Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.
“Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”
“Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”
Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.
1. Tepung 1kg.
2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam.
3. Mentega 1 senduk nasi tu.
4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa)
5. Gula 2 ½ sudu.
6. Garam 1 ½ sudu.
7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.
Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.
Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.
Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.
Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.
Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.
Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.
Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.
Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.
MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.
Sumber/Foto : Farid Rashidi
Cari resepi waktu PKP di sini :