Resipi Ringkas Kerang Rebus Sos Thai, Buat Sendiri Sosnya, Barulah Terangkat!

Share

Biasanya, kalau bulan puasa, kerang selalu orang cari. Kadang-kadang, ratah dan dicicah dengan sosnya pun dah cukup. Apatah lagi, kalau digandingkan dengan sos thai, memang terangkatlah.

Walau bagaimanapun, susah juga untuk dapatkan sos thai yang mampu menaikkan selera kita. Rupanya, mudah sangat cara nak membuatnya dan sos ini juga boleh dicicah dengan makanan lain juga.

Perkongsian daripada Liza Idris ini boleh membuatkan kita ‘telan air liur’ dengan resipi kerang rebus sos thai. Paling penting, sosnya buat sendiri dan ikut kesesuaian kita dengan tahap kepedasannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Ringkas Udang SEDAP, Pekat Melekat Hanya Guna 4 Bahan!

Resipi Ringkas Air Asam Dan Ikan Kukus, Ini Pun Dah Cukup, Memang Padu!

Info Lebih Menarik DI SINI

Sos Thai Bersama Kerang Rebus

Sebenarnya, resipi ini saya olah sedikit supaya tak sakit perut bila makan. Mungkin dengan tahap kepedasannya. Kurangkan rasa pedas, jadi anak-anak pun boleh makan sama.

Bahan-bahan:
1 kg kerang
5 biji bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api (masukkan sedikit untuk anak makan)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar dan limau purut.

Bahan sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu oren sunquick
2 sudu sos ikan
Setengah cawan air

Cara Membuatnya:

1. Rebus sekejap, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulit saja.

2. Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi. Hiriskan dadu tomato, hiris daun ketumbar dan limau purut (pilihan).

3. Ini bahan nak buat sos. Semuanya ambil 2 sudu. Ikut jugalah pada cita rasa nak letak lebih sedikit pun tak apa. (Pembetulan pada sos ikan tu susu = sudu).

4. Siap tumbuk dengan mesin moden. Jimat masa.

5. Masukkan air setengah cawan, nak lebih kuah masuk lebih sikit. Biarkan ia mendidih sekejap dan masukkan semua bahan sos. Kacau rata.

6. Bila kuah sudah pekat, masukkan cili dan bawang yang ditumbuk tadi. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk perasa ikut kesukaan. Sebelum nak masuk rasa dahulu sebab bahan sos tadi dah ada yang masin dan masam.

8. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar.

9. Siap. Curahkan pada kerang tadi.

10. Nikmat bila diratah begitu saja.

Selamat mencuba!

#KakLizaMasukDapur

MW: Nanti boleh cuba…mahunya kalau ratah, tak sedar dah habis, kan!

Sumber: Liza Idris

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora