Resipi Ringkas Air Asam Dan Ikan Kukus, Ini Pun Dah Cukup, Memang Padu!

Share

Sebut air asam mesti kita akan bayangkan keenakkannya bila dimakan dengan ikan bakar atau ikan kukus. Cukuplah itu sahaja hidangan, mahunya makan pun bertambah-tambah.

Namun, tak semua mak terror nak membuatnya. Mungkin ada yang buat tu terlebih cair, rasa kurang asam dan sebagainya, sedangkan sudah ikut resipi yang diberikan.

Kali ini, perkongsian daripada Ameera dalam menyediakan air asam bolehlah mak-mak gunakan. Memang padu dan cara nak membuatnya pun senang. Boleh cuba nanti. Kadasng-kadang hidangan ini pun dah menyelerakan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Marble Jelita SEDAP Lemak Berkrim & Mudah, Rahsianya Masukkan Serbuk Horlick

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Air Asam Dan Ikan Kukus

Cara dan bahan bahan di setiap gambar.

Lepas ini, mak-mak akan lebih terror buat air asam.

Cukuplah dengan nasi putih dan sedikit ulam atau sayur. Boleh bertambah nasinya

Selamat mencuba!

1. Siap ikan kukus, boleh dah cicah air asam. Perghh! Bawal tambak segar. Ikut suka nak buat ikan apa. Ikut kesukaan dan kegemaran masing-masing.


2. Bahan semua di potong nipis nipis. Tomato 2 biji, bawang besar 1 biji, cili padi 10 biji, cili merah 1 biji.

Cili tu kalau nak pedas melambong lagi tambah je.

3. Asam jawa besar ni. Ibu pakai Asam jawa paket ni sedap. Biasa yang dalam bekas tu tak berapa kaw…kaw kaw kaw.

4. Belacan besar ni. Memang cukup-cukup dah ni. Kalau nak kurangkan sikit pun boleh.

5. Ambil air suam 1 cawan. Masukkan terus dan ramas tau. Pakai tangan je senang.

6. Satukan semua dalam mangkuk.

7. Garam sedikit. Jangan masin tau

8. Gula 1 sudu makan. Cukup dah sukatan ni.

9. Belacan tadi pecah pecahkan.

10. Sos tomato 1 sudu makan.

11. Sos cili 1 setengah sudu makan

12. Tapiskan air asam jawa tadi. Kalau pekat sangat letak lagi sedikit air.

13. Ramas air asam pakai tangan, barulah air tangan mak kan!

14. Siap dah. Rasa la padu ke tidak.

15. Ikan bawal tambak. Lumur garam sedikit.

Kelar kelarkan ikan tu supaya senang nak masak sepenuhnya

16. Lumur kunyit sedikit.

17. Kukus selama 20 minit. Ibu asal boleh je ni, takde plastik aluminium tu.

18. Siap dah ikan kita. Mujur pinggan tak retak.

#ibucantik

MW: Paling penting, air asam tu buat kita kecur liur…memang terbaik. Selamat mencuba.

Sumber: Ameera

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora