Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang udang pula. Mudah sangat nak buat guna 4 bahan je. Boleh dimakan dengan Nasi lemak, nasi panas, nasi impit mahupun pulut kuning.
Boleh cuba resipi rendang udang yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus ini.
Ni satu lagi resepi sedap dari air tangan bonda tercinta.Pasti menyelerakan buat seisi keluarga. Rendang Udang.
Bahan-Bahan:
Udang kertas
2 batang Serai – dihiris & ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Cili Padi ikut pedas yang dikehendaki
1 biji kelapa ambik patinya sahaja.
Caranya Membuat:
1.Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili Padi dan serai. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.
2.Perahkan kelapa tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja ye.
Ads
3.Rasakan garamnya sesedap rasa dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau yang nak berkuah tak perlulah dikeringkan ye.
4.Kecilkan API dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
MW:Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging je, boleh cuba buat rendang udang pula. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan sangat mudah disediakan.
Popia Sira Sambal memang sedap dan antar kuih yang menjadi kegemaran ramai. Namun nak buat Popia Sira Sambal yang kekal rangup dan berkilat cantik ada caranya. Bukan apa, jika salah teknik ia mudah lemau dan lembik. Mak-mak boleh cuba resipi Popia Sira Sambal yang dibuat niaga oleh Puan NoraFiza Kamarin ini. Tip dan panduan lengkap turut disertakan sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Siape peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya.Inilah antara kuih yang paling laku laris customer saya selalu order.”
“Inti saya guna sengkuang+lobak+udang geragau sahaja.Nampak mudah cara dan bahan-bahannya tapi hakikatny kalau salah cara buatnya tak kan lama jadi rangup dan lembik selepas disira.”
“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul.Siapa-siapa pakar buat popia sira ni boleh tak kongsikn tips dan teknik anda untuk kita sama-sama belajar. Lain orang lain carannya kan.Saya kongsikan cara dan resepi popia sira saya ye.”
Bahan-Bahan Utama:(Inti sayur)
1 pack Kulit popia/50pcs
1 biji Sengkuang(size sederhana)
3 biji lobak(size sederhana)
Udang geragau (2 sudu besar)
Sedikit serbuk perasa
Cara Membuat:
1.Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2.Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak agak bahan-bahan layu sahaja.
3.Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering. Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantek dan tak rangup. 4.Bahan inti dah kering dan sejuk boleh start menggulung.
5.Gulung jangan terlalu ketat atau padat ye.Inti pun jangan terlalu banyak..sedang-sedang je supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.
.
6.Lekatkn dengan air je pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
7.Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
8.Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-Bahan Sambal Sira:(untuk 50pcs)
5 sudu besar cili kisar (10tangkai Cili kering + 1/2 labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 5 sudu besar je dari bahan yang di blend.
15 sudu besar @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu besar Sos cili
1 sudu kecil perasa Cukup rasa
2 sudu besar Bijan
5 sudu besar/ sedikit minyak masak
Cara Membuat:
1.Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak.
2.Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja, jangan pandai-pandai nak tambah air. Saya menyira memang takde guna air ye sebab cili kisar tadi dah ade air.
3.Gula memang guna lebih banyak dari cili ye.Itulah tips untuk bagi popia kekal rangup..sos cili pula untuk bagi nampak brkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan @ bertindih-tindih..kalau tak nanti popia tak kekal rangup..dah sejuk baru boleh susun dalam bekas. Selalunya lepas sira letak bawah kipas untuk bagi cepat sejuk.
Tip Ekstra!
#Bahan-bahan inti tu kalau nak letak bahan lain seperti ayam, daging, udang basah pun boleh.Ikut selera masing-masing, nak ganti sayur dengan kobis atau taugeh pun takde hal yang penting inti toskan bagi kering sedikit.Untuk meniaga akak guna bahan-bahan yang simple dan mudah sahaja sesuai dengan harga.
#JustShare cara saya
Sekian dari dapor kecik akak..Selamat Mencuba dengan jayanya.
MW: Begini rupanya cara untuk buat popia sira sambal yang kekal rangup dan sedap. Makan panas-panas memang sedap, mak-mak nak buat untuk berniaga pun boleh sangat.
Jika selalu, mak-mak rebus jagung seperti biasa dengan air, garam dan sedikit gula,apakata kali ini cuba resepi Jagung Cheese Leleh yang dikongsikan oleh Siti Nabilah Jamaluddin ini. Rasa lemak berkrim, secukup rasa.Nak buat pun senang sangat, masukkan je semua bahan-bahannya. Resipi ini wajib dicuba terutamanya buat penggemar cheese dan jagung!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Saya nak kongsi resepi Jagung Cheese leleh resepi ni pun saya ambil dari facebook sahabat saya. Terima Kasih untuk resepi ini.”
Bahan-Bahan:
4 tongkol jagung
1 tin susu cair (saya guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis bole tambah lagi )
2 sudu besar planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping keju Cheddar
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan kedalam periuk biarkan sehingga mendidih.
2.Siap! Untuk nak wangi letak beberapa helai daun pandan yang disimpul.
Banyak anda boleh jumpa cara-cara membuat susu pekat manis homemade. Salah satunya campuran susu lembu atau susu cair dan gula. Tapi resepi susu pekat manis homemade yang dikongsikan Puan Nuryati Yusoff ini sedikit berbeza. Sebabnya dari susu tepung dan marjerin.
“Saya memang such apply free sample susu untuk anak-anak kat Internet. Hasilnya banyak sample susu tepung yang saya dapat. Jadi yang mana anak-anak tak suka minum saya buat susu pekat manis homemade. Boleh jimat dari beli susu pekat.”
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung
60 ml air suam
2/3 cawan gula pasir kasar (tapi saya letak 1/2 cawan sebab tak pandai nak sukat)
1 sudu yang membukit marjerin
Cara Membuat
Masukkan air suam dahulu. Lepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi.
Kisar sampai pekat atau berkrim. Kalau kurang pekat tambah saja susu tepung sampai pekat yang kita nak.
Lepas itu dah siap dah boleh buat air atau simpan dalam peti ais.
Kredit sumber/foto: Nuryati Yusoff (MAHN) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...