Mesti ramai yang tidak tahu resipi rasam ini, katanya dari India Selatan. Mungkin bagi kita resipi ini lebih kurang sama dengan sambal ikan bilis, sambal penyet dan sebagainya untuk dimakan dengan nasi dan penambah selera.
Nak tahu macam mana nak buat resipi rasam ini, Siti Hazneza binti Abdul Hamid berkongsi resipinya. Menariknya, bukan sebarang resipi sebab ia bagus untuk ‘cuci perut’. Maklulah, kalau tak tahan pedas dan panas, laju saja ke tandas.
Paling penting resipi rasam ini sesuai juga untuk kita yang tak ada selera makan. Cukup dengan hanya nasi panas, boleh bertambah-tambah nasi.
Rasam ni bagus untuk ‘cuci perut’. Jadi kena berpada-pada menghirupnya.
Sangat sedap makan lawan ikan gelama masin dan papadom.
Tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu. Kasihan baby nanti.
Untuk musim sejuk sangatlah enak. Malah, bagi yang demam dan tak lalu makan, Insya Allah boleh kebah berpeluh dan pecah selera.
Boleh juga dijadikan pes, nak makan hanya tambah air panas atau didihkan saja.
Bahan-bahan:
2 sudu makan lada hitam biji
2 sudu makan jintan putih biji
3 – 4 labu bawang besar
3 labu bawang putih
3 biji tomato
1 sudu teh serbuk kunyit
5-6 tangkai cili kering
Segenggam daun kari
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa/ guna serbuk asam jawa
Cara Membuatnya:
Ads
Boleh blend halus semua bahan kecuali cili kering, daun kari dan asam jawa.
Boleh juga guna lada hitam serbuk dan jintan putih serbuk.
Semua bahan perlu ditumbuk.
“Jangan sampai haluih! Bekah-bekah sudah,” itu pesan ibu kandung saya dan Allahyarham mak tok saya.
Jika nak makan terus, letak air sebanyak yang sesuai. Boleh pecah telur dalam rasam jika mahu.
Jika nak jadikan pes, masak sampai pecah minyak, sejukkan dan bungkus.
1. Rasam memang panas. Bahan-bahannya mudah dan selalu ada dalam rumah.
2. Bahan-bahan di atas dapat empat bungkus begini (bahagi tak sama banyak)
Ads
3. Semua perlu ditumbuk kecuali daun kari, cili kering, kunyit dan asam jawa
4. Siap dah tumbuk bekah-bekah. Nak cepat blend saja.
5. Tumis daun kari dan cili
6. Masukkan semua sekali.
Ads
7. Letak air sikit dan kacau. Perisakan dengan garam dan asam jawa
8. Masak sampai pecah minyak. Tambah perisa garam/asam jika perlu.
Sejukkan sebelum bungkus.
Jika nak makan terus, kaup yang nak simpan. Tinggalkan baki dalam periuk.
Tambah air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan. Jika mahu, pecah telur ke dalam rasam dan biarkan telur masak bulat-bulat (jangan kucar/ godek telur)
Mingguan Wanita : Tengok pun dah meleleh air liur. Boleh cuba nanti.
Kata Wan LuQman resepi telur goreng belacan ini lebih sedap daripada sambal telur lada kering yang pernah dimasaknya sebelum ini. Cuma, bila ada yang alergik tak makan belacan, tak dapatlah nak nikmati kesedapan lauk simple tapi mengundang ni.
Kisahnya, “Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur kander banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu…Jadi hari-hari lah kite makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.”
Harini resepi TELUR GORENG BELACAN
“Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan… belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau.”
Ni je bahan-bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih
Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu.
Tumbuk sampai jadi macam ni.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
Masukkan sedikit serbuk perasa.
Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa-rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandai lah.
Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.
Eh! lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam… next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu. Klik sini untuk tengok video
Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi’Pogi Kimchi Homemade’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu tradisi orang Korea menarik juga. Rasa masam pedas dan rangup! Menurut perkongsian resipi oleh Red Luna, Kimchi ini mampu tahan lama sehingga 2 bulan,malah makin lama diperam makin sedap rasanya.
Berikut antara perkongsian resipi kimchi tersebut;
Bahan-Bahan Utama :
3 biji Kobis Cina/ Panjang (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
3 batang Lobak Putih
3 batang Lobak Merah
1 ikat Daun Bawang (Potong dalam anggaran 1 inci)
1 ikat Daun Kucai (optional) (Saya tak letak sebab takde kat pasaraya time tu)
3 cawan serbuk cili
Bahan (Kisar):
3 labu Bawang putih
1 sudu Besar Halia
3 biji Lada Merah Besar (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
1/4 cawan Gula
Cara Membuat:
1.Potong Kobis kepada 4 bahagian.
2.Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
3.Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
4.Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
5.Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
6.Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang.
7.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi.Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata.
8.Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.
**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)
Siap untuk di makan dengan nasi putih atau dimakan begitu saja.
Cucur udang memang sedap dimakan sama ada dengan sos cili mahupun kuah kacang. Ikut selera masing-masing. Selalu masalah bila masak cucur udang ialah ianya menyerap minyak. Memang boleh ‘potong’ selera dibuatnya sebab bila makan rasa muak.
Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak
Sebenarnya ada cara hendak masak cucur udang supaya tidak serap minyak. Istimewanya resipi cucur udang ini bukan sahaja tidak serap minyak tetapi juga tidak menggunakan yis, soda bikarbonate atau baking powder. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa
Makan Pun Tak Rasa Muak
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
2. Panaskan 2 senduk. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
Bahan sos:
Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara memasak:
1. Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama cucur udang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...