Setiap hari masak hidangan berkuah pun boleh jadi jemu. Nak juga tukar selera dengan bakar ayam atau daging. Cukup dengan lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasinya.
Namun, nak bakar ayam atau daging bukan terus letak macam itu, mahunya nak kena pes perapan, barulah rasa lebih sedap dan beraroma.
Tak perlu pening-pening pun nak buat pes perapan untuk bakar ayam atau daging. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ini.
Bahan yang digunakan pun cukup ringkas. Paling penting resipi rahsia ini mampu buat kita sekeluarga menjilat jari. Selamat mencuba.
RESIPI PES PERAPAN RAHSIA KOMPOM MENJILAT JARI BERGETAR TUNAS RASA
Ads
“Kali ini, Kak Za nak kongsikan tentang pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging.
“Ramuan rahsia ni memang simple saja tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.
BAHAN BAHAN
2 inci lengkuas *
3 inci halia *
6 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
4 labu bawang besar *
3 batang serai *
2 cawan gula perang*
6 biji limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar serbuk rempah sup *
2 sudu besar serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuatnya:
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Bolehlah perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3. Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ads
Selamat mencuba.
Ads
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa saja.
Mingguan Wanita : Inilah rahsianya ye! Nanti bolehlah cuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Resipi viral seperti ‘Raindrop Puding’ ni mudah je rupanya nak buat. Tak perlu beria, boleh je masak ikut cara, citarasa dan selera kita je. Bahan utama yang diperlukan adalah agar-agar jernih.Bila dimasak hasilnya cukup sedap, lembut dan seperti titisan embun hujan.
Boleh cuba resipi mudah ‘Raindrop Puding’ ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Malnorashima Bt Ismail ini sebagai panduan.
Hmm..musim tengkujuh dah tiba.Hujan sana sini.Sesuci titisan hujanan rintik-rintik manja nyaman.Tetiba anak-anak duk menyebut RAINDROP PUDING. Petang tadi terbuat gak..#kakidapor. Masak cara kita-kita aje.Sedap tak sedap, selera dan citarasa masing-masing.
Bahan Diperlukan:
Serbuk Agar-agar
Air secukupnya
Gula
Gula Melaka
Kacang Tanah
Cara Membuat:
1. Masak serbuk agar-agar macam biasa. Agar-agar dah larut letak sedikit gula. Cuma tak letak pewarna je.
2. Masak biar lembut gedik-gedik dan saya letak dalam acuan lompang @ ikut suka.
3. Kuahnya pun saya masak gula melaka macam nak buat kuah kuih lopes tu je.
4. Kemudian tabur kacang tanah yang disangai dan dikisar.
Buat mana yang ada bahan kat dapur je. Tak rancang-rancang pun. Anak yang duk sebut-sebut, anak tunjuk gambar kita pun buat cara kita je.
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat ‘Raindrop Puding’ yang tengah viral ni. Buat je cara kita, lebih mudah dan puas hati anak-anak makan. Selamat Mencuba!
Jika ada kulit cempedak di rumah tu jangan dibuang. Mak-mak boleh cuba buat Jeruk Kulit Cempedak atau Mandai ni. Mandai cukup popular dan merupakan hidangan tradisi bagi orang Banjar. Ia sedap dimakan dengan nasi panas.
“Siap untuk dijeruk..Mandai. Siapa sini pernah makan mandai..cuba angkat tangan sikit.Sapa suka makan mandai,kita geng”
1.Kulit cempedak/nangka bakal dijeruk.Isinya dah diasingkan, dibuang kulit luar yang berduri tu.Dah asing isinya, bahagian kulit dibuang kulit yang berduri tu.Basuh bersih-bersih.
2.Yang ni dah dijerukkan dengan garam kasar asam keping dan cili api. Biar seminggu atau lebih.Kalau kena cara simpannya bertahun tahan.Tahan lama boleh simpan bertahun yang dah jeruk.
3.Mandai yang dah dijeruk,boleh dimasak.Caranya, ambik mandai dibasuh bawah air mengalir, diperah airnya dan digoreng sampai garing.
4.Ikan bilis digoreng Tos Minyak.Potong cili api, bawang besar,bawang putih,tumis sampai garing kemudian masukkan mandai dan ikan bilis tadi. Gaul rata, tutup api dan angkat. Makan nasi panas-panas, sedap tak hinggat.
Sebut saja ayam KFC, anak-anaklah yang paling seronok. Sukanya bukan main lagi. Kadang-kadang mak pun pelik apa yang sedap sangat kan! Tapi itulah yang menjadi kegemaran anak-anak.
Kalau dilihat, nak beli ayam KFC, harganya pun boleh tahan juga. Kalau anak ramai, seketul dua memang tak cukup.
Jadi, nak jimat boleh saja buat sendiri tepung ayam KFC ni. Sedap pun sedap. Paling penting rasanya lebih kurang sama. Ikuti perkongsian resipi daripada Hayatie Deraman yang turut menjual tepung ayam KFC ini.
Kat sini saya nak kongsikan resipi tepung ayam, bahan yang digunakan pun simple. Sekali rasa memang sebiji ayam KFC original. Sekali buat dapat satu balang. Jimat kos dan masa tak perlu beratur panjang untuk beli KFC.
Caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas. Gaul sebati dan siap.
Boleh simpan dalam balang besar.
Cara guna: Ambil sedikit tepung yang sipa tadi untuk digaul atau diperap dengan ayam. Semasa nak menggoreng, gaul sekali lagi dengan tepung tersebut. Goreng ayam seperti biasa.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni, tak payah nak beratur, buat sendiri kat rumah. Mahunya tiap-tiap hari anak minta ayam goreng.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...