Resipi Rahsia Kuih Kaswi ‘Lejen’, Lembut & ‘Bergedik’, Tak Jemu Makan!

Share

Kuih kaswi, kuih yang memang cukup terkenal dan disuka sejak kita kecil lagi. Ditutupi dengan kepala parut. Lembut sangat! Bak kata orang, kuih yang tak lapuk dek zaman.

Bukan itu saja, kuih kaswi kalau dibuat dengan cara yang betul boleh ‘bergedik’ dan cukup lembut. Orang tua dan semua peringkat umur boleh makan.

Macam mana nak buat kuih kaswi yang lembut dan bergedik ini. Boleh cuba cara Noriza Aeang Hamat ini buat. Senang dan paling penting, memant tak jemu untuk dimakan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Brownies Cakekies, Letak Sedikit Serbuk Nescafe, Barulah SUPER Sedap!

Resipi Mudah Biskut Ala Famous Amos PAKAI SENDUK, Boleh Ajak Anak Buat Lagi!

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Kuih Kaswi ‘Gedik’, Paling Sedap!

“Kuih ini boleh makan makan semasa sarapan, lejen dan tak pernah jemu untuk dimakan. Lembut dan sesuai untuk semua peringkat.
Assalamualaikum, slmt pagi semua

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Sedikit garam dan daun pandan

(Masak semua bahan di atas sehingga gula larut. Ketepikan dan tapis. Jadikan air gula yang masak ini menjadi 2 cawan.)

Bahan Lain:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu air kapur

Beli bahan kuih muih DI SINI

1. Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam blender.
2. Campurkan dengan air gula merah tadi.
3. Blender sehingga sebati.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
5. Tuang adunan tadi dan kukus sehingga masak.
6. Kukus selama 45 minit. Gunakan loyang 9’.

Boleh beli loyang DI SINI

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Rahsianya, sukatan guna cawan…senang dan mudah. Boleh cuba nanti.

Sumber: Noriza Awang Hamat

Lagi Artikel Menarik DI SINI: Bahan Rahsia AYAM MASAK KURMA Resipi Abah, Sedapnya Sampai Ke Kuah Habis Licin!

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora