Kuih kaswi, kuih yang memang cukup terkenal dan disuka sejak kita kecil lagi. Ditutupi dengan kepala parut. Lembut sangat! Bak kata orang, kuih yang tak lapuk dek zaman.
Bukan itu saja, kuih kaswi kalau dibuat dengan cara yang betul boleh ‘bergedik’ dan cukup lembut. Orang tua dan semua peringkat umur boleh makan.
Macam mana nak buat kuih kaswi yang lembut dan bergedik ini. Boleh cuba cara Noriza Aeang Hamat ini buat. Senang dan paling penting, memant tak jemu untuk dimakan.
“Kuih ini boleh makan makan semasa sarapan, lejen dan tak pernah jemu untuk dimakan. Lembut dan sesuai untuk semua peringkat.
Assalamualaikum, slmt pagi semua
Bahan-bahan: 1 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air Sedikit garam dan daun pandan
(Masak semua bahan di atas sehingga gula larut. Ketepikan dan tapis. Jadikan air gula yang masak ini menjadi 2 cawan.)
Ads
Bahan Lain: 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 3 cawan air biasa 1 sudu air kapur
1. Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam blender.
2. Campurkan dengan air gula merah tadi.
3. Blender sehingga sebati.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
5. Tuang adunan tadi dan kukus sehingga masak.
6. Kukus selama 45 minit. Gunakan loyang 9’.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Jadi mak-mak memang risau bila anak tak nak makan nasi yang menjadi salah satu sumber karbohidrat ni. Walaupun macam-macam dah masak lauk untuk pancing selera anak makan, tetap tak nak juga. Macam mana badan nak naik dan membesar dengan sihat. Buat mak-mak yang hadapi masalah sama macam ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini. Nasi diolah menjadi nugget, pasti anak suka dan tertarik untuk makan.Malah kalau nasi tak habis pun, selain buat nasi goreng boleh juga buat resipi ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh beliau;
Anak langsung tak nak makan nasi macam-macam dah mama ni masak tetap tak nak makan,hari ni buat macam ni Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-Bahan:
200gram Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh gantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.
Cara Membuat:
1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2.Setelah hancur, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3.Setelah sejuk, potongkan adunan tersebut berbentuk kiub/ ikut pilihan bentuk yang suka.
4.Celupkan dengan telur dan boleh digoreng sehingga warna keperangan.
Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.Mak-mak tak perlu risau anak tak makan nasi lagi. Boleh cuba resipi ini.
Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...