Resipi fish noodle, kemungkinan kalau anda memesan makanan ini di restoran Melayu, memang tak akan ada. Apa istimewanya makanan ini sampai harga di resotran cina pun boleh tahan juga.
Bagi yang biasa makan mesti tahu kesedapannya. Sementelah yang pernah masak sendiri kat rumah, mesti tak jadi seperti yang dimakan di restoran cina. Ada rahsia nak bagi sedap.
Nak tahu sedap atau tidak fish noodle ini, boleh buat sendiri kat rumah. Jangan lupa ada bahan rahsia, penyedap rasa. Nanti boleh cuba resipi daripada Wan Luqman ini dan tak perlu nak ke restoran cina, buat kat rumah saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Cendawan Inoki Guna Air Fryer, Anak-Anak Suka Makan Macam Ni
Nak Anak Bijak, Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam Goreng
Siapa suka makan fish noodles? Menu ini memant tak akan jumpa di restoran melayu. Kalau nak makan kena pergi ke restoran cina.
Fish noodles ni memang sedap bagi sesiapa yang suka makanan bersup. Nak makan dengan nasi pun boleh ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau mana-mana ikan isi putih
Daun bawang
Lobak merah
Bawang holland
Susu cair
Cara Membuat:
1. Ikan siakap kena fillet dulu. Boleh juga guna ikan isi putih seperti jenahak, ikan merah atau talapia.
2. Kemudian, potong kecil-kecil.
3. Gaulkan dengan tepung jagung.
4. Selepas itu, goreng sampai garing.
5. Ini antara secret resipi. Kena goreng sekeping ikan masin.
6. Dah siap goreng.
7. Hiris bawang holland, lobak merah dan halia. Tumis seketika bersama dengan sedikit minyak.
8. Masukkan semua ikan bahagian bertulang sekali dengan ikan masin goreng tadi berserta daun bawang. Isi ikan jangan masukkan lagi.
9. Selepas itu masukkan air.
10. Reneh sehingga sedikit pekat. Sebaiknya reneh selama 2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan rasa stok ikan yang lebih umph. Nak reneh dalam 30 minit pun boleh juga.
11. Lepas tu tapis semua bahan yg direneh bersama tadi. Tulang ikan, carrot, bawang halia semua buang ya
12. Masa untuk perisakan stok sup. Masukkan lada sulah dan perisakan dengan garam / stok ikan bilis dan jika perlu gula, masukkan sedikit gula.
13. Masukkan susu cair ikut pada selera anda. Ini nak bagi rasa lemak-lemak. Original resepi takde letak ni rasanya sebab mereka reneh lama sup tu sampai jadi putih
Lepas masukkan susu tu korang boleh divert ke kuah berperisa. Yg ni kira original…kalau nak buat perisa kari, masukkan pes kari. Kalau nak buat fish noodle sup perisa tomyam, masukkan tomyam pes.
14. Masukkan hirisan daun bawang, tauhu, fishball, lobak merah dan hirisan tomato, fucuk pun sedap tapi tauhu goreng tu penting ye. Sambung reneh selama 10 minit dan tutup api.
Sup ikan dah siap. Nak makan terus dengan nasi pun boleh, tapi dah nama fish noodle. Makan dengan mee lah ye. Mi wantan atau apa-apa jenis mi pun boleh.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak pesan kat restoran dah. Boleh masak kat rumah nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Wan Luqman
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita