Resipi Puff Tuna Sedap! Punyalah Senang Nak Buat & Jimat Tak Payah Beli Dekat Luar Lagi

Share

Senang je rupanya nak buat Puff Tuna sendiri di rumah. Almaklumlah, kalau beli di kedai boleh tahan juga harganya. Lebih baik mak-mak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizan Abd Manan ini. Pasti terjamin kesedapannya, malah lebih menjimatkan, boleh makan sepuas hati. Anak-anak dan keluarga pun mesti suka.

Berikut perkongsian resipi wanita ini;

“Alhamdulillah..lepas ni dah tak payah beli kat luar, kalau beli seketol pun dah RM3 lebih.. puas hati buat sendiri dan dapat makan berketul-ketul sampai kembong.”

“Puff Tuna ni memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Terima kasih kakak kesayangan saya, kak Mariana Zainal.Resepi-resipinya tak pernah mengecewakan. Semuanya sedap dan marbeles.”

Bahan-Bahan:

1 Tin Cili Tuna
Keju Cheddar (dicarik)
Bawang Merah (dihiris)
Cili padi (dihiris)
Susu Cair
1 Biji Telur
Sebungkus Puff Pastry (square)

Cara Membuat:

1.Campurkan bawang merah, tuna, keju cheddar dan cili padi kedalam mangkuk dan gaul sebati.

2.Taburkan tepung ditalam supaya kulit pastry tak melekat.

3.Letakkan tuna diatas kulit pastry.

4.Tekan-tekankan hujung garfu pada hujung pastry untuk elakkan inti dalam menyerenggeh keluar. Pastu cucuk-cucukkan bahagian atas untuk keluarkan angin-angin.

5.Griskan dengan adunan kuning telur dan campur sikit susu cair.

6.Bakar suhu 180C selama 20 minit.

Tadaaaaa….dah siap!

Selamat Mencuba.

Info Ekstra!

  • Tuna tak perlu dimasak. Nak masak pun boleh tapi jangan letak minyak atau kurangkan minyak sebab nanti kulit pastry akan jadi lembik.Kulit pastry tu dah sedia ada elemen minyak (butter)
  • Kalau oven saiz kecil, elok letak bahagian bawah. Kalau besar letak bahagian tengah-tengah.

Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat puff sendiri, boleh cuba resipi mudah dan ringkas yang dikongsik ini. Sesuai sangat untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi.

Sumber: Norizan Abd Manan

Published by
Suhaidah Abd Wahab