Resipi Puff Almond Bersalut Coklat, Ranggup & Senang Sangat Nak Buat

Share

Ranggup dan senang sangat nak buat. Kalau ada makanan yang bersalut coklat bukan anak-anak saja suka tapi seluruh keluarga. Tak tahu nak hidang apa untuk minum petang, bolehlah cuba resipi ini.

Perkongsian daripada Ameera untuk mak-mak yang pening memikirkan menu apa untuk minum petang, boleh lah cuba resipi ini. Gerenti ranggup dan senang sangat nak buatnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Puff Tuna Sedap! Punyalah Senang Nak Buat & Jimat Tak Payah Beli Dekat Luar Lagi

RESIPI Pisang Goreng Crunchy &ak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!

Ranggup & Senang Nak Buat, Anak Pun Suka!

Cara nak buat puff bersalutalmond dan coklat ini sangat mudah untuk sediakan. Bukan setakat ranggup tapi cara dan nak membuatnya pun senang sangat. Buat minum petang bersama keluarga.

Bahan:
Roti bom
Coklat cadbury
Almond

Telur

Cara Membuatnya:
1. Ambil roti bom. Boleh beli di mana-mana pasaran.

2. Selepas itu, belah 4 seperti begini dan buat bulatan di bahagian tengahnya.

3. Lebihan tadi dilapikkan di bahagian bawah yang berlubang itu.

4. Ambil sebiji telur dan kacau.


.

5. Sapukan di bahagian atasnya.


.

6. Kemudian, ambil almond yang dihancurkan sedikit dan taburkan.


.

7. Susun dan masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 15-20 minit.


.

8. Sementara itu, cairkan coklat. Bolwh guna jenis coklat yang anda suka.


.

9. Letakkan coklat yang cair tadi di bahagian tengah lubang tadi.


.

10. Siap untuk dinikmati.


.

Mingguan Wanita : Rasanya dalam masa 15 minit pun boleh siap kan.

Sumber: Ameera

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora