Ranggup dan senang sangat nak buat. Kalau ada makanan yang bersalut coklat bukan anak-anak saja suka tapi seluruh keluarga. Tak tahu nak hidang apa untuk minum petang, bolehlah cuba resipi ini.
Perkongsian daripada Ameera untuk mak-mak yang pening memikirkan menu apa untuk minum petang, boleh lah cuba resipi ini. Gerenti ranggup dan senang sangat nak buatnya.
Cara nak buat puff bersalutalmond dan coklat ini sangat mudah untuk sediakan. Bukan setakat ranggup tapi cara dan nak membuatnya pun senang sangat. Buat minum petang bersama keluarga.
Bahan:
Roti bom
Coklat cadbury
Almond
Telur
Cara Membuatnya:
1. Ambil roti bom. Boleh beli di mana-mana pasaran.
2. Selepas itu, belah 4 seperti begini dan buat bulatan di bahagian tengahnya.
Ads
3. Lebihan tadi dilapikkan di bahagian bawah yang berlubang itu.
4. Ambil sebiji telur dan kacau.
.
5. Sapukan di bahagian atasnya.
.
Ads
6. Kemudian, ambil almond yang dihancurkan sedikit dan taburkan.
.
7. Susun dan masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 15-20 minit.
.
8. Sementara itu, cairkan coklat. Bolwh guna jenis coklat yang anda suka.
.
Ads
9. Letakkan coklat yang cair tadi di bahagian tengah lubang tadi.
.
10. Siap untuk dinikmati.
.
Mingguan Wanita : Rasanya dalam masa 15 minit pun boleh siap kan.
Sekarang ini tengah musim belimbing buluh. Kalau dulu, buah ini popular dengan resipi sambal hitam. Kini, rata-rata orang pelbagaikan resipi dengan buah ini. Memang menjadi!
Sebenarnya, buah belimbing buluh, cukup terkenal dengan resipi sambal hitam. Tapi, memikirkan cara nak membuatnya mengambil masa yang lama, ada yang sanggup beli, walaupun harganya boleh tahan mahal juga.
Kini, tak perlu nak risau, kalau ada pokok buah belimbing buluh ini boleh cuba buat sendiri. Nak senang dan cepat, gunalah periuk tekanan. Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh mak-mak cuba. Bahan pun tak banyak. Memang merecik lah!
“Sekarang tengah musim belimbing buluh ke? Staf saya pula beri saya 2 kg belimbing buluh. Nak buat kek tak pandai. Jadi kita buat sambal hitam ekspress.
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
2 genggam ikan bilis
10-15 biji cili padi
15 biji bawang merah (kecil)
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Sambal hitam ini berasal dari Pahang. Ramuannya hanya 4 bahan sahaja, tapi rasanya boleh buat nasi tambah 4 kali.
2. Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul. Belimbing buluh ini rasanya sangat masam, manis dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
3. Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ini gelap warnanya. Kita buat stail bandar. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
4. Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk itu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
5. Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
6. Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
7. Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis dan buka! Nampak belimbing buluh ini dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni cedok dan buang.
8. Untuk lagi kering, set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ini, kalau tidak ia akan hangus.
9. Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu.
10. Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
11. Kacau sampai hancur belimbing buluh tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
12. Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit atau kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit. Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
13. Ok, hiaskan cantik-cantik. Sambal ini rasa sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara bandar ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
14. Close up! Terliur tak membayangkan rasa sambal hitam ni.
15. Jemput makan! Makan tengah hari dengan nasi putih panas dan telur pun dah padu! Bila sambal dah sejuk, ia semakin hitam.
16. Petang makan dengan lempeng pula! Sarapan pun sesuai! Sungguh syahdu makan lempeng dengan sambal hitam. Tak lempeng? Roti pun jadi weh! Cubalah!
MW: Boleh cuba buat sendiri, memang padulah. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan cepat pula.
Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Ikan Pais memang sedap di makan dengan nasi putih begitu sahaja.Apatah lagi ikannya diperap dan dibakar dalam balutan daun kunyit mahupun daun pisang, semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.
Rupanya mudah je nak buat Pais Ikan Kembung ni. Boleh Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Suhadah Sanusiini.
Resepi Pais Ikan. Bahan agak-agak je, ikut jumlah ikan. Ikan banyak lebihkan bahan ye.Ni untuk 12 ekor ikan kembung comel loteh.
Bahan-Bahan:
*6 ulas bawang merah kecil
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 inci kunyit hidup (boleh pakai serbuk)
*5 biji cili padi merah (ikut suka nak pedas tambah lagi)
*1 sudu besar asam jawa (saya pakai yang adabi)
*sedikit garam & perasa
Bahan (*) semua dikisar halus air sedikit sahaja ye.
Daun kunyit dimayang halus
Bunga kantan dimayang halus (takde pun takpe, kalau ade lagi sedap)
Cara Membuat:
1. Ikan disiang dan dibersihkan.
2. Sumbat dan perap ikan dalam 1-2jam, saya balut sesiap guna daun pisang sebab nak aroma yang sedap.
3. Bakar dalam air fryer suhu 180° 10 minit setiap bahagian atau bakar dalam magic pan pon boleh. Ikut suka nak kukus pon boleh tapi lagi sedap bakar.
Selamat mencuba.
*Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
MW: Teringin nak makan Pais Ikan, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Agak mudah nak buat dan bahan-bahan pun yang kita biasa guna dan ada di di dapur.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...