Resipi Puding Triffle CANTIK, Sangat Sedap & Senang Nak Buatnya!

Share

Puding Triffle ni rupanya bukan sahaja cantik, malah sangat sedap dan senang nak buatnya. Meskipun ada 4 lapisan iaitu kek span gulung, kastard, buah-buahan dan agar-agar namun cukup mudah disediakan dan sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut. Apatah lagi dimakan sewaktu sejuk-sejuk.

Boleh cuba resipi Puding Triffle sedap yang dikongsikan oleh Puan Norrishah Durrah Shaari ini.

My adik request nak Puding Trifle ni. So, as a sister kita buatkanlah. Ada penggemar Puding Triffle ni tak? Senang jer buat dia. Ada resepi dekat setiap gambar, cara sayalah. Bagi kawan-kawan yang belum pernah buat boleh try buat.

Bahan-Bahan:

Lapisan Pertama:
Kek Span Gulung

Lapisan Kedua (Kastard):
1 tin susu cair
1 tin Air (Guna tin tadi)
3 Sudu besar tepung kastard
3 sudu gula

Lapisan Ketiga (Buah-Buahan):
Buah Segar (potong kecil)
cocktail fruit dalam tin

Lapisan Keempat (Agar-Agar):
1/4 peket agar-agar tali
2 cawan air
2 sudu gula

Cara Membuat:

1.Beli kek gulung dekat kedai dan potong-potong dia bagi sama saiz tau. Kemudian susun dalam mangkuk macam ni.

2. Kemudian kita buat layer yang kedua. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sampai pekat.Bila dah keluar macam letupan kecil, terus tutup api. Kacau sebati kemudian curahkan ke dalam bekas kek kita tadi.

3. Ratakan dengan kemas.

4.Ni buah-buahan yang saya guna plus dengan cocktail fruit tadi. Tak habiskan 1 tin tu pun sikit je ambil.

5.Kemudian kita susun, tekan sikit buah-buahan tu. Biar masuk ke dalam supaya bila kita letak agar-agar nanti tak timbul buah-buah tu.

6.Nilah ghupenya..close up.

7. Lapisan terakhir yang atas sekali kita curahkan agar-agar.Cara buat agar-agar tu terpulang pada anda. Ada yang suka guna agar-agar serbuk tapi saya guna agar-agar tali je lebih buat agar-agar hari tu. Tak perlu guna banyak, saya kerat agar-agar tali tu jadi pendek dalam 1/4 peket macam tu. Didihkan air, masukkan agar-agar tadi dan letak sikit gula dalam 2 sudu. Kacau agar-agar sampai larut, selepas itu tapis dan curahkan agar-agar tu ke atas buah-buahan tadi.

8.Biarkan sejuk sekejap dekat luar, kemudian masukkn dalam peti ais. Siap!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin, Lembut & Sedap, Pasti Jadi!

MW: Semoga perkongsian resipi Puding Triffle ini bermanfaat. Memang senang sangat nak buatnya. Boleh cuba di rumah nanti.

Sumber: Norrishah Durrah Shaari

Published by
Suhaidah Abd Wahab