Sedapnya makan Puding Roti Pandan Layer ini. Memang tak rugi buat mesti anak-anak suka makan. Apatah lagi jika dinikmati waktu sejuk-sejuk. Jadi mak-mak ni memang kena jadi lebih kreatif untuk olah makanan. Daripada anak tak suka makan, boleh jadi suka. Barulah tak membazir makanan.
Puding Roti Pandan Viral, saya beli dua bungkus tak habis. Anak-anak tak berapa suka. Masa tu buat Roti Pandan Sos Kastard, hari ni buat Puding Roti Pandan Layer, tak rugi buat ni mesti anak-anak makan. Resepi ada di setiap gambar.
Bahan (A)
7 keping Roti pandan
2 sudu tepung jagung
1 kotak santan kotak
1 biji telor
Secubit garam
Bahan (B)
Agar-agar tali 9g
700ml air masak
3 senduk gula pasir
1.Campurkan semua bahan-bahan A kecuali roti, ke dalam bekas gaul sebati jangan ada ketul-ketul tepung jagung. Biarkan sekejap.
2. Roti pandan potong tepi, tepi jangan buang blender kering untuk hiasan atas.
3. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk dan masak sampai larut. Bila dah masak letak gula pasir dan kacau sampai gula larut. Kemudian baru masukkan aduna A kecuali roti pandan tu.
4.Dah masak sampai kilat, ingat kena kacau kalau tak puding tadi berketul-ketul. Bilas loyang dan letak puding dalam bekas. Agak-agak je dan letak roti macam nie,tapi mesti kosong. Siap letak lagi puding tutup roti.
Boleh beli macam-macam jenis loyang juga di Shefu 5 in 1 Springform Bakeware Big Set ini.
5. Akhir sekali tabur serbuk tepi roti macam nie, sejuk kan sebelum potong.
6. Siap potong jom makan memang sedap!
Selamat Mencuba!
Kalau rajin nak buat roti pandan sendiri boleh beli mesin pembuat roti di Samu Giken Choriki Series Bread Maker with Stainless Steel Body BM20SS ini.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Jangan Rasa Mulia Kerana Ilmu & Kedudukan, Sampai Pandang Rendah Masa Depan Orang Lain
Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!
Mingguan Wanita: Jadi mak-mak memang kena kreatif, pandai olah resipi ikut kesukaan anak.Menarik juga resipi Puding Roti Pandan Layer yang dikongsikan ini. Mesti anak-anak suka, boleh cuba nanti.
Sumber: Rozita Daud
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita