Kebiasaan yang mak-mak buat bila roti yang dibeli tamat tempoh dengan membuat puding roti. Tak adalah rasa ralat atau membazir, dibuang begitu saja. Masih ada cara untuk elak daripada ia dibuang kerana tamat tempoh.
Sebenarnya, ada macam-macam cara yang mak boleh buat dengan roti yang tamat tempoh. Salah satunya adalah puding roti. Anak-anak pun mesti laju bila makan.
Satu perkara yang sering menjadi igauan buat mak-mak, bila masa untuk tukarkan loyang puding ke dalam bekas lain. Silap cara boleh ‘hancur’ dan tidak cantik ‘kejadiannya’.
Jadi, salah satu tip yang dikongsikan oleh Merysona Edrson agar puding roti ‘menjadi’ adalah dengan basahkan loyang dengan air. Mungkin ada sesetengah mak-mak yang tidak tahu tip ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Aduh..Kadangkala pening kepala memikirkan apa yang nak dimasak apatah lagi hari ini ada banyak kerja untuk dibereskan (work from home). Lantas tercari-cari hidangan yang lebih ringkas tetapi lengkap terkandung pelbagai zat di dalamnya. Apa kata anda cuba resipi nasi goreng ini. Lebih mudah kerana ia tidak perlukan lauk pauk sampingan lain.
Selain itu, boleh dimasak untuk makan tengah dan makan malam sekali gus. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!
NASI GORENG AYAM
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
3 sudu makan cili giling
1 biji telur
100 gram sawi – potong
100 gram kubis – potong
Garam secukupnya
1 ketul ayam ( paha / dada )
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili giling sehingga naik bau.
Masukkan telur, garam, sawi dan kubis.
Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.
NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
50 gram kacang panjang – hiris halus
50 gram daun limau – hiris halus
50 gram anak jagung – hiris haus
1 batang serai – hiris halus
Sedikit daun limau purut – hiris halus
1 sudu makan pes tomyam
1 biji telur
100 gram isi ayam – potong
100 gram udang – bersihkan
100 gram sotong – potong nipis
1 biji cili merah/cili padi – potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris. Masukkan telur, garam, sotong, ayam, udang, dan pes tomyam. Kacau sekata.
Masukkan pula nasi dan gaul hingga sebati dan taburkan sedikit daun limau purut dan cili merah/cili padi jika hendak lebih pedas.
Sedia dihidangkan dengan salad dan timun berserta sup kosong.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
50 gram kacang panjang – hiris halus
50 gram daun limau – hiris halus
50 gram anak jagung – hiris haus
1 batang serai – hiris halus
1 batang bunga kantan – hiris halus
50 gram kubis – hiris halus
50 gram lobak merah – hiris halus
1 biji telur
100 gram isi ayam – potong
100 gram udang – bersihkan
100 gram sotong – potong nipis
50 gram taugeh
1 biji cili merah – potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris.
Masukkan telur, garam, taugeh, isi ayam, sotong dan udang.
Masukkan pula nasi dan gaul hingga rata serta taburkan sedikit hirisan serai dan cili merah.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi: Terima kasih Majalah RASA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rendang Cili Api memang terkenal bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Jadi nak buat rendang cili Api yang sebenar kenalah belajar dengan orang Negeri Sembilan sendiri. Rupanya nak buat rendang ni cukup senang, tak perlu tumis dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Mungkin ramai mak-mak yang tak tahu, menerusi laman sosial instagram, Penyampai Radio Suria FM, Zulin Aziz,28 atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ada mewujudkan akaun khas #cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi dan menu-menu yang dimasak oleh beliau sendiri. Salah satu posting resipi menarik yang dikongsikan serta mendapat perhatian pengikutnya adalah Rendang Ayam Cili Api Nogori 9.
Menurut pelakon Nahu Rindu ini, Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 tersebut diperolehi daripada jirannya yang merupakan orang Negeri Sembilan sendiri malah merupakan menu wajib keluarga setiap kali tibanya Hari Raya.
Berikut antara perkongsian oleh Zulin Aziz;
“Dah siap rendang cili api! Resepi ni mama zulin belajar dari orang nogori 9 jiran kami dulu.Sejak dari kecil memang ni menu wajib kalau raya.”
Bahan-Bahan: (dikisar)
Satu genggam cili api
Kunyit hidup besar ibu jari
Serai 10batang
Lengkuas 2 buku
Bahan lain :
Santan 1kg
Asam keping
1 helai daun kunyit
1 ekor ayam
Cara Memasak:
1.Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali.
2.Masukkan santan, ayam dan asam keping, gaul sebati.
3.Masukkan daun kunyit,biarkan mendidih dan masak dengan api perlahan.
Siap!
Tip Ekstra!
Lebih kering lebih sedap!boleh simpan dan panaskan sampai jadi serunding.
Jadi buat mak-mak yang nak masak rendang untuk berbuka nanti, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ni. Ringkas je bahan-bahannya nak buat pun senang sangat. Jika buntu dan tak tau nak masak apa, boleh juga cedok idea resipi serta menu-menu menarik dengan mengikuti akaun instagram cikzulinkedapur ini.
Comel sungguh Donut Susu Minion ni, gebu gebas macam kapas malah sampai ke malam kekal lembut. Mengambil inspirasi karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Nak buat donut ni pun mudah.
Boleh cuba resipi dan cara buat DONUT Susu MINION seperti yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie ini sebagai panduan.
Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut.
Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.
Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:
Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan Uli:
1 cawan Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base fodd colouring)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
3.Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).
5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).
6.Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
7.Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.
NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
Anak bongsu Sheila Rusly selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon senior Sheila Rusly yang selamat menerima menantu kedua. Anak bongsunya Luth Mikail Azman telah...