Resipi Puding Roti Kayangan Guna 3 Bahan MUDAH Dengan Sos ‘Creamy’ Paling Sedap!

Share

Puding roti dinikmati dengan sos kastard berkrim sering dijadikan sebaga pencuci mulut sewaktu minum petang. Jika selalu kita guna roti putih, sebenarnya boleh juga gunakan roti coklat kismis dan air susu coklat untuk rasa yang lebih sedap.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Munirah Jasamai ini.

Puding roti kayangan. Resepi di setiap gambar. Buat berejam, dah siap sat ja habih
Doa saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Bahan-Bahan:

2 kotak susu coklat
2 biji telur
1 bungkus roti coklat kismis

Cara Membuat:

1.Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nak bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa.


2.Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, janji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi.
3.Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.


4.Hampa bakaq dalam oven yang hampa dah panas dulu dalam 10 minit suhu 180′. Lepas dah panaskan oven baru hampa bawak masuk yang dah ready dalam 30min suhu 180′. Macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon buleh.

Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais.

Sos Creamy

Bahan-Bahan:

1tin susu cair
1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula

Cara Membuat:

Bukak api perlahan ja kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk buh dalam peti ais.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin, Lembut & Sedap, Pasti Jadi!


Ini Caranya Buat Puding Karamel Mudah Tanpa Telur, Tak Berbau Hanyir Malah Tak Perlu Dikukus!

MW: Sedapnya dan mudah nak buat puding roti kayangan ni.Yang pastinya tak muak, dah sangat sedap penuh rasa coklat. Sesuai buat untuk pencuci mulut minum petang.

Sumber: Munirah Jasamai

Published by
Suhaidah Abd Wahab