Setiap tahun biasanya setiap kali tibanya bulan puasa pasti ada jualan kuih muih yang sedap-sedap dan nampak menarik di Bazar Ramadan. Puding Roti Batik ini antara yang selalu kita nampak dan cukup meriah berwarna warni.
Rupanya mudah je jika nak buat sendiri Puding Roti Batik ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajar, menu wajib yang diniagakan setiap kali bulan puasa.
Menu wajib untuk jualan di gerai-gerai pada bulan puasa. Tiap-tiap tahun saya jual RM2 sebekas sebab hantar kat gerai. Bila tolak upah tuan kedai saya dapat RM1.40. Alhamdulillah. Dulu macam-macam lagi buat kuih tapi sekarang buat sejenis je.
Puding Roti Batik
Bahan-Bahan:
2 bungkus Agar-agar tali cap moon 30g
5 cawan Gula pasir
Esen vanila
Pewarna
3,4 keping Roti
1 tin Susu cair
2 biji Telur
Gula batu
Cara Membuat:
1.Masakkan agar-agar 1 bungkus dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
2.Bila dah larut masukkan 2 cawan gula dan gula batu beberapa biji.
3.Bila dah betul-betul larut, masukkan dalam bekas-bekas dan letak warna-warna ikut suka hati.
4.Masakkan pula agar-agar 1 bungkus lagi dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.
5.Bila dah larut masukkan gula 3 cawan dan gula batu beberapa biji.
6.Bila dah betul-betul larut, blendkan roti, telur dan susu cair, masukkan
ke dalam periuk agar-agar tadi.
7.Masukkan esen vanila, sedikit garam dan biarkan mendidih.
8.Letak dalam bekas-bekas acuan.
9.Bila suam-suam potong agar-agar berwarna tadi dan masukkan ke dalam bekas agar-agar yang ada susu tadi.
10.Biarkan keras dan sedia dimakan.
Selamat Mencuba!
Ads
Tip Ekstra!
Resepi ni untuk agar-agar tali yang 30g. Kalau yang sikit tengok ada di plastik sukatan air. So gula kena anggar-anggar berapa. Yang warna-warna pulak tu boleh letak untuk 3 kali buat agar-agar yang letak susu dan roti tu.
Kalau tak mahu membazir beli agar-agar pack kecik untuk warna-warna so gula pun kena agak-agak la berapa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sedapnya dapat makan Sambal Tumis Tempoyak Petai dengan nasi panas. Makan lauk tu pun sahaja dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Musim durian ni, kalau ada durian lebih bolehlah buat tempoyak dan buat resipi ni. Memang sedap! Dijamin makan nasi bertambah-tambah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maryam Abas ini sebagai rujukan;
“Fav siape ni..baik ngakuuuuu.Lauk untuk anak dara hari ni.Mamanya hanya mampu teriakkk bucu katil je. Nak makan tak berani pedas sangat.”
Sambal tumis tempoyak cara saya
Bahan-Bahan:
Tempoyak
Cili api kampung
Daun kunyit
Bawang merah hiris
Petai
Ikan bilis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak masak, goreng dulu ikan bilis kejap, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi + secubit garam dan gaul bersama tempoyak.
3. Dalam minyak yang sama tadi..tumis cili padi dan tempoyak sehingga naik bau.Hmmmmmmmm satu rumah bau.
4. Masukkan segelas air, kacau kejap sehingga agak-agak sedikit pekat boleh masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kunyit diracik.Tak perlu masuk garam lagi dah sebab tadi dah tumbuk dengan cili.
5. Masukkan aji atau gula jika suka.Masukkan petai, kacau kejap je dan tutup api gas. Biar petai tu fresh.Siap dihidang!
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya sambal tempoyak ni, makan dengan nasi panas dah tak cari lauk lain dah! Mak-mak kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Mak-mak pasti buntu nak masak apa untuk berbuka hari ini kan? Apa kata cuba resipi Asam Pedas Bugis Tenggiri Kaw, Tebu Wow! Kuahnya yang pekat, masam dan pedas pasti membuka selera.
Pembuka Selera Berbuka Puasa
Bertambah sedap bila ditambah tebu, rasa manis tebu tu buat kuah asam pedas menyengat tau! Apatah lagi bila dihidangkan dengan nasi putih panas memang berpeluh semasa menjamu selera. Jom mak-mak masak menu Istimewa ini sangat mudah tetapi enak.
Bahan-Bahan:
2 biji bawang merah saiz besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
Halia sebesar ibu jari – dikisar
Seketul kecil kunyit hidup – dikisar
Sedikit belacan
Cili kering (dikisar)
Rempah 3 sekawan
1 ekor ayam tenggiri (dipotong 5)
Air asam jawa
Tebu
1 biji tomato
5 biji bendi
Cara Memasak :
Panaskan minyak ke dalam periuk, kemudian tumiskan rempah 3 sekawan kacau-kacau nampak macam dah garing masukkan bawang merah, bawang putih dan hali yang telah dikisar.
Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar bersama belacan. Biar masak sehingga garing kemudian masukkan ikan tenggiri.
Masukkan tebu, air asam jawa, daun limau, bendi dan tomato. Kemudian biarkan hingga sebati.
Letakkan garam dan bahan perasa. Tutup periuk bila dah mendidih bolehlah angkat untuk dihidangkan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi. Namun masakan bagi orang di Negeri Sembilan, pucuk ubi juga boleh dibuat rendang yang sangat sedap, malah jika dijual harganya boleh tahan mahalnya.Ini kerana nak buat rendang ini agak renyah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dikacau lebih 2 jam, sehingga betul-betul kering. Barulah rendang pucuk ubi ini dimasak sempurna.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maria ini sebagai panduan;
Saya orang Perak utara, bila suami nak makan masakkan negeri dia (Negeri Sembilan). Berdesup telifon mak mertua tanya resepi. Nak balik PKP, 2 jam lebih mengayuh di dapoq. Patut la orang juai mahai. Sedap sungguh la nak habaq kat hampa “Rendang Pucuk Ubi”.
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan , Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi potong halus ( akak punya sebesen besaq)
10 helai Daun kunyit dipotong halus
6 batang diketuk serai
Ikan bilis halus ( ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa.
Santan (4 biji kelapa)
Bahan Kisar:
Segengam Cili api
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blender dalam kuali.
2.Masuk Serai diketuk
3.Dah wangi, masuk santan
4.Santan mengelegak masuk ikan bilis, pucuk ubi,daun kunyit yang dihiris halus tadi.
5.Masuk perasa, garam.
Kacau sampai betul betul Kering. 2jam lebih jugak la nak bagi kering .
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi rendang pucuk ubi yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan.