Guna agar-agar tali. Sesetengah mak-mak lebih suka gunakan bahan ini untuk membuat agar-agar berbanding dengan serbuk. Maklumlah, dulu, jenis ini saja yang dijual dan jenis serbuk tidaklah banyak.
Ada yang ‘gagal’ bila guna agar-agar tali sebab tak boleh agak jumlah air yang nak digunakan, kadan-kadang boleh terlebih dan terkeras pula. Tapi rasanya inilah cara mak-mak dulu buat agar-agar kan.
Menariknya perkongsian dari Muhammad Ali ini adalah resipi olahannya sendiri yang guna agar-agar tali. Resipi yang paling anak-anak suka kerana ada milo, coklat dan oreo.
Kena cuba resipi ini sebab cara nak buat cukup senang dan paling penting rasanya tidak terlalu manis dan lembut.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Sedapnya Puding Laici Satu Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an
Resipi Puding Roti Paling Senang, Basahkan Loyang Dengan Air Dulu, Senang Dikeluarkan, Menjadi!
Resipi ini diolah agar pudingnya akan jadi lebih lembut dan tidak manis. Memang edap dan senang nak buat.
Bahan-bahan: (Loyang 7 inci)
Lapisan Oreo :
10 gm agar-agar tali
4 cawan air
50 gm gula
120 gm susu cair
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
Oreo yang dipatahkan
Lapisan Milo:
8 gm agar-agar tali
60 gm gula
2 sudu makan susu pekat
100 gm milo
100 gm susu cair
Secubit garam
Caranya:
LAPISAN OREO
1. Masukkan 10 gram agar2 tali + 4 cawan air. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja. Apabila mendidih, masukkan gula. Kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Bila dah mendidih, tutup api.
3. Masukkan1 sudu kecil esen vanilla.
4. Agak-agak dah suam dalam 5-6 minit, barulah tuang ke dalam loyang.
5. Selepas itu, masukkan oreo yang dipatahkan. Terpulang nak letak berapa banyak.
6. Setkan suhu bilik atau letak dalam suhu bilik selama 15 minit barulah masukkan dalam chiller/ peti ais.
Cara buat LAPISAN MILO
1. Masukkan agar-agar tali + 3 cawan air. Biarkan mendidih
2. Selepas itu, masukkan 60g gula.
3. Apabila bila gula dah larut masukkan 2 sudu makan susu pekat, diikuti milo dan susu cair.
4. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1-2 minit. Selepas itu, tutup api dan masukkan secubit garam. Kacau dan biarkan suam dalam 5-6 minit.
5. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucukkan dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk banyak sikit tau.
6. Tuangkan perlahan-lahan lapisan milo tadi. Biarkan di luar selama 40 minit barulah sejukkan dalam peti selama 3-4 jam .
7. Dah siap & boleh makan.
Memang sangat lembut dan sedap sangat. Anak-anak mesti suka.
Mingguan Wanita : Bukan setakat anak-anak saja suka, mak ayah pun suka, dahla nampak comel sangat.
Sumber: Muhammad Ali
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita