Resipi Puding Buah Kuah Kastard SEDAP, Mudah Sangat Bahan Pun Tak Banyak!

Share

Resipi Puding Buah Kuah Kastard SEDAP, Mudah Sangat Bahan Pun Tak Banyak! Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri pencuci mulut yang sedap tapi simple boleh ikut resipi puding buah kuah kastard yang dikongsikan ini. Hanya guna 5 bahan utama je, sedap dinikmati sejuk-sejuk dengan buah pilihan.

Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ni. Memang nampak menarik sungguh.

Harini nk share resepi simple tapi sedap. Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali.
Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!

(Puding)

Bahan-Bahan:

2 setengah cawan air
4 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
1 tin susu cair

(Tekstur puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar).

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan.


2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.


3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.

( Kuah Kastard)

Bahan-Bahan:

2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api.


2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.

3. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.


Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.


Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba semua!

Mesti Baca: PUDING KARAMEL Sedap Cantik Licin, Pukul Adunan Cukup Sekadar Larut Sebati!

Baca Lagi Di sini: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat PUDING BUAH Resipi Maknya, Paling Mudah Dan Senang!

Artikel Menarik: Puding Oreo Milo, Basahkan Acuan Dengan Air Supaya Mudah Dikeluarkan

Mingguan Wanita: Mudah sangat nak buat Puding Buah Kuah Kastard ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Sedap makan sejuk-sejuk. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Muhammad Ali

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab