Pucuk Ubi Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi.Namun pucuk ubi boleh juga digoreng rangup. Memang crunchy dan sedap lebih-lebih lagi dinikmati dengan nasi panas. Bagi yang mengikuti Instagram Dato Rizalman Ibrahim, Pereka Fesyen terkenal ini sering kongsikan resepi-resipi menarik sebagai rujukan buat para followernya. Pucuk Ubi Goreng antara resipi yang dikongsikannya baru-baru ini.

Puan Siti Elliza Anis ada kongsikan resipi Pucuk Ubi Goreng resipi Rizalman ini.

Tengok Rizalman buat. Kami pun nak buat jugak.. Sedap oii makan dengan nasi panas-panas.Resepi ada dekar gambaq.Selamat mencuba

Bahan-Bahan:

Pucuk Ubi
2 biji Bawang besaq (hiris)
Cabai kering kami rebus, keringkan, blender kering bagi kasar-kasar sikit
Belacan
Asam keping
Kurau masin, goreng, blender kering.
Ikan bilis

Cara Membuat:

1. Pucuk ubi, basuh dan lap sehelai-sehelai daun tu. Ni part paling malas. Separuh kami lap sehelai-sehelai, separuh kami jemoq bagi kering.Tak perlu rebus pucuk ubi tersebut, kalau tidak tak crunchy.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

2.Ikan bilis kami letak segenggam, basuh, keringkan goreng garing.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

3.Kemudian goreng pucuk ubi dalam minyak yang banyak, sekejap je. Bila dah berubah warna angkat, kalau tidak takut pahit. Pucuk ubi lepas goreng, wangi pucuk ubi time goreng.

Ads

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

4.Guna minyak yang sama, dari awai sampai habis masak (guna minyak banyak).Goreng ikan bilis, angkat.

5.Goreng bawang sampai garing, masukkan cabai kering, asam keping dan balacan masak lama sikit sampai cabai tue garing.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Ads

6.Dah garing cabai and bawang, masukkan ikan kurau and ikan bilis. Perasakan gula, garam, msg.

8.Dah cukup rasa, tutup api gaul pucuk ubi yang dah goreng tadi.

9.Lepas kami gaul sebati, kami angkat tapis, bagi minyak turun, sebab kami buat ni pakai minyak banyak.

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Ads

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Baca Lagi Di Sini:
RENDANG PUCUK UBI 2 Jam Kacau Sampai Betul-Betul Kering, Patutlah Orang Jual Mahal!

Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin

MW:Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi pucuk ubi crunchy yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan dengan nasi panas.

Sumber: Siti Elliza Anis

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI