Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang crunchy dan tak berminyak pula ada caranya. Meskipun ada macam-macam resipi adunan tepung bancuhan pisang goreng, boleh cuba resipi Puan Normala Kori ini kongsikan. Resipi pisang goreng panas yang pernah dibuat niaga dan tak putus orang beli. Buat tepung bancuh sendiri tak perlu dan tak perlu tepung segera.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

Kalau tak crunchy tak sah!!!..Nak yang crunchy je semua!!! Kalau Kak Mala goreng pisang atau keledek semua anak-anak beratur tunggu. Cicah sambal kicap dan kena dengan kopi panas!.

Masih ingat satu ketika dulu bisnez jatuh teruk tahun 2008, terpaksa jual rumah jual semua kereta yang ada, sempat niaga tepi jalan dan bukak kedai makan masakan panas.

Kak Mala sempat niaga pisang goreng, keledek, cempedak. Sehari sampai 200kg kadang habis. Nasi Kukus Ayam Rempah pulak 170 ke 250 ekor sehari, resepi dari Tukang Masak Istana bagi. Tapi penatnya Allah saja yang tahu, sebab sebelum tu kita tak pernah niaga kan.

Bertahan hanya 3 tahun kerana Kak Mala dapat cancer lymphoma stage 4 dan terpaksa mengikuti kimotherapi di hospital lebih kurang 8 bulan dan tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga kedai.

Kebetulan cik suami dapat balik buat project dengan government. So semua barang dijual. Ni salah satu makanan yang akak jual walaupun tepi jalan LRT, pisang goreng panas nih sangat ramai yang gemar..kata mereka crunchy dan tak berminyak.

Kak Mala halalkan resepinya untuk semua yang nak niaga.Buatlah semoga terus maju dan berjaya!!Yang penting masa nak goreng minyak kena banyak dan betul-betul panas! Buatlah untuk siapa yang nak niaga!!!.Kak Mala halalkan.

Dulu masa niaga berbagai resepi cuba tapi yang ni resepi terbaik dan customer tak putus beli. Kita jual seperti kita sendiri yang nak makan.

Ads

Resepi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri tak perlu tepung segera.

Bahan-Bahannya:

Bahan yang digaul sebelum letak air :
2 cawan Tepung beras
Secawan Tepung jagung
Setengah cawan Tepung gandum
1 biji Telur C
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
4 sudu besar makan Air kapur
Setengah sudu teh Garam
1 sudu besar Mentega

2 Cawan Air

Cara Membuat:

1. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau kecuali air.
2. Kemudian, setelah digaul masukkan air. agak-agak jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik.Bagi cair sedikit.
3.Sesudah digaul dengan air, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4.Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak. Kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang, minyak panas tu renjis bancuhan tadi selepas tu baru letak pisang atasnya.

Cuba lah! Kak mala tak tipu, crunchynya boleh tahan 4,5 jam. Sangat tahan lama dan sedap. Buat la, Kak Mala halalkan untuk semua.

Ads

RESIPI Pisang Goreng ‘Crunchy’ Tak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!

Tip Ekstra!

*Jika tak nak pisang goreng dan keledek makan minyak, jangan goreng api terlalu perlahan. Nanti minyak meresap ke tepung.

*Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak.

* Air kapur kena agak-agak. Jangan terlebih, nanti berbuih dan jangan terlalu sikit.

Ads

* Kalau telur A separuh je tak boleh banyak sangat telur sebab nya jika banyak sangat. Rangupnya takkan tahan sampai 4, 5 jam.

RESIPI Pisang Goreng ‘Crunchy’ Tak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!

CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!

MW:Menarik resipi adunan tepung goreng pisang crunchy dan tak berminyak yang dikongsikan ni. Boleh buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga.

Sumber: Normala Kori

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI