Resipi PESAMAH DAGING Lauk Kenduri Kahwin Dulu-Dulu, Famous Sebelah Utara. Kadang kalanya memang teringin makan lauk kenduri. Pesamah Daging ni antara lauk kenduri yang cukup terkenal sewaktu kenduri kahwin di negeri sebelah utara.Tapi sekarang memang payah nak jumpa lauk ni.
Mak-mak yang nak cuba dan rasa sendiri Lauk Kenduri Kahwin Pesamah Daging ni boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini.
Kadang mai teringin nak makan nasi kenduri lauk macam ni. Tak dak pulak orang nak jemput kenduri. Dah terasa teringin Masak sendiri jalah.
Pesamah daging nie dulu-dulu fames sebelah Utara kalo ada kenduri kahwin baru ada.Tapi sekarang payah dah nak jumpa, Pesamah daging & Nasi minyak kuning.
RESEPI PESAMAH DAGING
Bahan-Bahan:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:-
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan kisar :-
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Ads
Bahan lain:
1½ bungkus rempah KARI daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu makan kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Part nie mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
4. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
5. Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat..Okey dah siap.
Menarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”
Bahan-Bahan:
500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka
Cara Membuat:
1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.
2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.
4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.
5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
Cara masak air santan
Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)
Cara Membuat:
Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Malah selalunya biskut lemak ni kita beli je di kedai. Tapi sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Jika kreatif boleh cetak dan bentukkan ikut citarasa kita sendiri.Adunan dan bahan-bahan yang digunakan pula pasti diyakini lebih bersih dan halal.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri biskut Ala Cream Crackers Homemde ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wahidah Hasan sebagai rujukan;
“Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.”
Resepi cream crackers homemade.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar butter
1 sudu besar cream cheese
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara Membuat:
1.Gaul sebati butter dan cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3.Masukkan minyak dan gaul sebati.
4.Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
5.Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
6.Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
Info Ekstra!
*Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
*Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
MW: Menariknya resipi biskut cream crackers ni. Hanya guna 5 bahan je, cara nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Pengalaman 20 tahun ‘menenyeh’ kuih siput ini menjadikan ia cantik warna sekata, malah rangup dan sedap. Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni, dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.
Nak buat kuih siput yang cantik hasil kejadiannya selepas digoreng malah rangup dan sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norismalia Ishak ini.
Ada yang suka tak kuih siput. Makan sedapkan tapi nak menenyeh dia tu la hehehe. Sis dah 20 tahun dok menenyeh ni. Sambil tengok tv sambil potpet ke anak boleh buat ni. Benda yang kita suka buat rasa seronok kan. Rasa sat ja eh dah siap.
Belanga pun memang sangat-sangat lejen. Lebih dari 20 tahun usia belanga tu, dah berapa kali tukar tapi bila goreng kuih siput jadi tak elok. Redho je lah
Bahan-Bahan:
Cabai kering RM2 (rebus dulu)
5 ulas bawang merah
1 labu bawang putih (lebih lagi bagus)
1 bungkus Jintan manis (yang RM1) nak lagi wangi lebihkan tapi jangan banyak nanti pahit
Udang kering RM2
5 batang serai
*Blend semua bahan di atas dan tambah garam
1 Bungkus Tepung Gandum
5 @ 6 sudu besar Marjerin
Cara Membuat:
1. Tuang tepung gandum dlm besen
2. Gaul dengan marjerin pelangi (gaul hingga jadi macam serbuk roti)
3. Nak pedas tambah serbuk cabai, gaul bagi sekata.
4. Tuang bahan blend sikit demi sedikit.
5. Uli doh hingga tak melekat dekat tangan, kemudian bentukkan macam dalam gambar ni.
6. Goreng dalam minyak yang banyak, masukkan daun kari semasa menggoreng.
7. Dah kekuningan angkat dan toskan, sejukkan. Tapi saya suka makan suam-suam.
Selamat menenyeh kuih siput, saya halalkan resepi ni.
Mingguan Wanita: Sedapnya kuih siput, kalau makan payah nak berhenti. Bolehlah cuba buat sendiri & menenyeh kuih siput ni di rumah. Puas hati makan nanti.